MALAYSIA GAGAL KE PUSINGAN SUKU AKHIR KEJUARAAN FUTSAL AFC 2016

2016-02-15

Malaysia mengakhiri kempen Kejuaraan Futsal AFC 2016 dengan kekalahan 6-2 kepada Qatar pada aksi terkahir Kumpulan D di Stadium Universal, Tashkent semalam.

Akmarulnizam Mohd Idris meletakkan skuad negara di hadapan menerusi jaringan awal pada minit ke-2 sebelum Qatar meledak tiga gol dalam masa enam minit melalui jaringan Mohamed Ali (m-3), Saad Bilal (m-5), dan Hadi Jaber (m-9).

Namun, skuad kendalian Marcelo Serpa itu berjaya merapatkan jurang apabila Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil pada minit ke-18 untuk kedudukan 3-2, pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Qatar terus mengukuhkan kedudukan mereka dengan menambah tiga gol menerusi Hadi Jaber (m-26) dan pemain naturalisasi, Lucas Oliviera (m-39 & m-40).

Pada satu lagi aksi Kumpulan D, juara bertahan, Jepun menundukkan Australia 3-1.

Terdahulu pada dua perlawanan sebelum ini, Malaysia tewas 2-1 kepada Australia sebelum tumpas 11-1 kepada Jepun.

KEDUDUKAN TERAKHIR KUMPULAN D

 

P

M

S

K

G

B

MT

JEPUN

3

3

0

0

15

2

9

AUSTRALIA

3

2

0

1

8

6

6

QATAR

3

1

0

2

8

8

3

MALAYSIA

3

0

0

3

4

19

0

 

Foto: AFC