Malaysia layak ke pusingan akhir Kejohanan B-16 AFC 2016 di India selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah, Laos pada aksi terakhir kempen kelayakan Kumpulan G di Stadium Nasional Laos, malam tadi (20 September).
Pemain pertahanan, Phoutthavong Thatthaya menjaringkan gol pendahuluan buat Laos pada minit ke-45. Walaubagaimanapun, skuad remaja negara bangkit pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain gantian, Azrin Azahari pada minit ke-48.
Terdahulu pada tiga perlawanan sebelum ini, skuad B-15 negara kendalian P Somasundram membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0, menewaskan Timor Leste 1-0 dan menundukkan Filipina 7-0.
Pasukan kebangsaan dijangka tiba di tanahair pada pukul 7.50 malam ini.
REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-15 DI KELAYAKAN KEJOHANAN B-16 AFC
TARIKH |
PERLAWANAN |
14 September 2015 |
Kepulauan Mariana Utara 0-13 MALAYSIA |
16 September 2015 |
MALAYSIA 1-0 Timor Leste |
18 September 2015 |
Filipina 0-7 MALAYSIA |
20 September 2015 |
MALAYSIA 1-1 Laos |
KUMPULAN G |
P |
M |
S |
K |
J |
B |
MT |
1. MALAYSIA |
4 |
3 |
1 |
0 |
22 |
1 |
10 |
2. Laos |
4 |
2 |
2 |
0 |
13 |
3 |
8 |
3. Timor Leste |
4 |
2 |
1 |
1 |
18 |
2 |
7 |
4. Filipina |
4 |
1 |
0 |
3 |
10 |
24 |
3 |
5. Kepulauan Mariana Utara |
4 |
0 |
0 |
4 |
2 |
35 |
0 |
SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-15
NAMA |
JUMLAH JARINGAN |
Muhammad Izreen |
5 |
Muhammad Iqbal Hakem |
4 |
Alif Safwan |
4 |
Arif Shaqirin |
2 |
Azrin Azahari |
2 |
Alif Haiqal |
1 |
Amirul Fazly |
1 |
Mohamad Najmi |
1 |
Zainul Arifin |
1 |