Malaysia raih tempat ketiga Kejuaraan Futsal AFF 2015

Skuad futsal kebangsaan kendalian jurulatih Marcelo Serpa meraih tempat ketiga pada saingan Kejuaraan Futsal AFF 2015 di Stadium Bangkok Futsal Arena selepas menundukkan Vietnam 6-5, malam tadi.

Kumpulan A dianggotai juara bertahan, Thailand, Malaysia, Timor Leste, Brunei serta Singapura manakala Kumpulan B pula dianggotai naib juara, Australia, Vietnam, Myanmar, Laos dan Filipina.

Malaysia berjaya menempah slot separuh akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan rekod tiga kemenangan dan satu kekalahan yang turut menyaksikan skuad kebangsaan mengesahkan slot pada pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan.  

Aksi penentuan tempat ke-3/4 malam tadi menyaksikan skuad negara bangkit untuk mencatatkan kemenangan dramatik ke atas pasukan yang menduduki tempat ketiga pada edisi tahun lepas, Vietnam. 

Saiful Nizam muncul wira apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-18, 32 dan 39 manakala tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Khairul Effendi Bahrin (minit ke-12) Muhamad Fitri Yatim (minit ke-14) dan Ahmad Fawzul Hadzir Mohamad pada minit ke-34.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad kebangsaan mengulangi pencapaian menduduki tempat ketiga pada tiga edisi sebelum ini; 2001 di Kuala Lumpur serta 2007 dan 2008 di Thailand.

REKOD PERLAWANAN MALAYSIA SEPANJANG KEJUARAAN FUTSAL AFF 2015

 
KUMPULAN A
 
MALAYSIA 9
Fawzul 1' 12' 25' 25'  Yamin 6' (GS) Fitri 11' Aizad 26' Akmarulnizam 28' Nizam 30'
BRUNEI 1
Faizul 9'
 
THAILAND 6
Piyapan 10' Jetsada 13' Chaiwat 15' Sorasak 23' Nattawut 36' Kritsada 37'
MALAYSIA 1
Khairul Effendy 39'
 
MALAYSIA 7
Akmarulnizam 1' Fitri 12' 22' Ivan 17' (GS) Nizam 34' Aula 37' Fawzul 39'  
TIMOR LESTE 2
Machel 18' Duarte 22'
 
SINGAPURA 0
MALAYSIA 5
Yazadh 9' Aizad 22' Aula 38' Yi Long 38' (GS) Fawzul 40'  
 
 
SEPARUH AKHIR
 
AUSTRALIA 6
Niski 9' Fogarty 10' 13' Cooper 28' 32' Basger 36'
MALAYSIA 2
Yazadh 21' Nizam 37'
 
 
PENENTUAN TEMPAT KE-3/4
 
VIETNAM 5
Duong Anh Tung 4' Vu Xuan Du 11' Tran Van Vu 13' Le Quoc Nam 21' Ngo Ngoc Son 30'
MALAYSIA 6
Khaiful Effendy 12' Fitri 14' Nizam 18' 32' 39' Fawzul 34'

 

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA

 

Nama

Jumlah Jaringan

Ahmad Fawzul Hadzir Mohamad

7

Saiful Nizam Mohd Ali

6

Muhamad Fitri Yatim

4

Aizad Daniel

2

Akmarulnizam Idris

2

Mohd Khairul Effendy Bahrin

2

Muhammad Akmal Yazadh Amri

2

Saiful Aula Ahmad

2

 

J Category: 
article/futsal