Malaysia tempat ke-4 Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015

Skuad futsal wanita Malaysia kendalian jurulatih Chiew Chun Yong menamatkan saingan Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan di tangga keempat.
 
 Lapan pasukan telah dipilih menyertai edisi sulung kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung dari 21 hingga 26 September ini berdasarkan penyertaan pada Sukan Indoor Asia pada 2009 dan 2013.
 
 Kumpulan A dianggotai naib juara Sukan Indoor Asia 2013, Iran serta Malaysia, Hong Kong dan Uzbekistan.
 
 Kumpulan B pula menampilkan juara Sukan Indoor Asia 2009 dan 2013, Jepun serta Thailand, Vietnam dan China.
 
 Malaysia berjaya menempah slot ke separuh akhir selepas meraih dua kemenangan berturut menewaskan Uzbekistan 9-4 pada 21 September dan menewaskan Hong Kong 4-1 pada 22 September.
 
 Namun Malaysia akur untuk sekadar muncul naib juara kumpulan selepas tewas 4-2 kepada Iran pada perlawanan ketiga, 23 September untuk membenarkan Iran mara selaku juara kumpulan dengan sembilan mata maksimum.
 
 Jepun pula muncul juara Kumpulan B dengan sembilan mata maksimum diiringi Thailand selaku naib juara kumpulan manakala China tersingkir apabila sekadar meraih tiga mata manakala Vietnam tercorot tanpa sebarang mata.
 
 Pada aksi separuh akhir yang berlangsung semalam (25 September), Malaysia nyata tidak mampu menyaingi kehebatan Jepun apabila akhirnya tewas 8-1 manakala Iran mara ke final selepas menang tipis 1-0 ke atas Thailand.
 
 Pada aksi penentuan tempat ketiga & keempat yang berlangsung petang tadi, Malaysia tewas 4-1 kepada Thailand untuk sekadar berpuas hati muncul pasukan tempat keempat kejohanan.
 
 
SKUAD MALAYSIA: 1-Nurul Atiqa Zaifulizan (PG), 2-Masturah Majid, 3-Usliza Usman, 4-Farhana Abdullah, 5-Dadree Rofinus, 6-Rina Jordana Adnan, 7-Farahiyah Ridzuan, 8-Noor Asyikin Mohamad Noor, 9-Norhawa Md Yasin, 10-Fatin Shahida Azmi , 11-Nur Shazreen Munazli, 12-Siti Aznidah Zamri, 13-Sity Norazizah Jamal (PG), 14-Nur Izzati Khairudin (K), 15-Asma Junaidi (PG), 16-Siti Noor Halimi Hussain
 
 
KEPUTUSAN PERLAWANAN MEMBABITKAN PASUKAN MALAYSIA SEPANJANG KEJUARAAN FUTSAL WANITA AFC 2015
 
 
KUMPULAN A
 
MALAYSIA 9
Norhawa 15' 27' 39' Farahiyah 16' 35' 39' Shazreen 24' Usliza 26' Fatin Shahida 37'
UZBEKISTAN 4
Sarikova 25' 33' 35' Yusupova 32'
 
MALAYSIA 4
Kwong Wing Yan (GS) 7', Fatin Shahida 30', Farahiyah 33' 35'
HONG KONG 1
Wong So Han 5'
 
MALAYSIA 2
Farahiyah 16' (p) 39'
IRAN 4
F.Zarei 1' S.Zarinrad 23' F.Karimi 27' 29'
 
 
SEPARUH AKHIR
 
MALAYSIA 1
Norazizah 35'
JEPUN 8
Sakata 2' 35' Amishiro 12' Kitagawa 15' Higashiyama 23' Kichibayashi 39' 40' 40'
 
 
PENENTUAN TEMPAT KE-3/4
 
MALAYSIA 1
Masturah 11'
THAILAND 4
Masturah 11'; Mamyalee 13' Tappakun 15' Peanpailun 21' Shazreen (GS) 34'
 
 
 
 
 
J Category: 
article/futsal