Malaysia tempat keempat Kejohanan Serantau Wanita AFC B14 2015

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong menamatkan Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 2015 di Hanoi, Vietnam di tempat keempat selepas tewas 6-2 kepada Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, semalam.

Gol-gol pasukan negara telah dijaringkan oleh pemain-pemain tengah, Elsie Celarryna Jawit dan Anis Aishah Asiati Raili pada minit ke-61 dan minit ke-70.

Malaysia menutup tirai kempen di Vietnam dengan mencatat satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan dengan jumlah jaringan sebanyak sebelas gol dan bolos sebanyak dua puluh gol. Anis Aishah muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan dengan empat gol.

PERINGKAT KUMPULAN

Tarikh

Perlawanan

23 Jun 2015

Singapura B14 1-3 Malaysia B14

24 Jun 2015

Malaysia B14 3-5 Vietnam B14

25 Jun 2015

Malaysia B14 2-2 Filipina B14

 

SEPARUH AKHIR

Tarikh

Perlawanan

27 Jun 2015

Thailand B14 6-1 Malaysia B14

 

PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

Tarikh

Perlawanan

28 Jun 2015

Malaysia B14 2-6 Myanmar B14

 

J Category: 
article/women-s-football