MALAYSIA TEMPAT KEEMPAT KEJUARAAN B-19 AFF 2015

Malaysia mendapat tempat keempat di Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada Laos 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi setelah kedudukan masa penuh terikat 1-1.

Otthana menjaringkan gol pendahuluan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-84. Namun, asakan bertubi-tubi skuad B-19 negara membuahkan hasil apabila pemain sayap, Syamer Kutty Abba menjaringkan gol penyamaan satu minit sebelum tamat perlawanan.

Terdahulu pada empat perlawanan peringkat Kumpulan B sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras muncul naib juara kumpulan selepas menewaskan Timor Leste 2-1, membelasah Singapura 4-0, terikat seri 0-0 dengan Vietnam dan tewas kepada Myanmar 0-1. Malaysia kemudiannya tewas 0-5 kepada Thailand di peringkat separuh akhir.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pemain-pemain telah berusaha dengan sebaik mungkin pada perlawanan ini dan penghargaan harus diberi kepada semua pemain yang bermain pada hari ni.

“Walaupun pada satu ketika pasukan telah ketinggalan, tetapi berbekalkan dengan semangat yang tinggi mereka terus berusaha sehingga dapat menyamakan kedudukan pada saat-saat terakhir permainan. Kekalahan tendangan penalti tidak seharusnya dikesalkan kerana itu hanyalah sebagai menentukan kedudukan sahaja.”

KEPUTUSAN HARI INI
 
PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
 
MALAYSIA 1
Syamer Kutty Abba m-90+3
LAOS 1
Otthana m-84
 
 

REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-19 DI KEJUARAAN B-19 AFF 2015

PERINGKAT KUMPULAN

TARIKH

PERLAWANAN

23 Ogos 2015

Malaysia 2-1 Timor Leste

25 Ogos 2015

Malaysia 4-0 Singapura

27 Ogos 2015

Vietnam 0-0 Malaysia

29 Ogos 2015

Malaysia 0-1 Myanmar

 

SEPARUH AKHIR

 

TARIKH

PERLAWANAN

2 September 2015

Thailand 5-0 Malaysia

 

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19

 

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

3

Muhammad Nazirul Afif Ibrahim

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

Mohamed Syamer Kutty Abba

1

1

 

J Category: 
uncategorised8