MBPP LAYAK KE LIGA FUTSAL KEBANGSAAN (LFK) 2017; ENAM PASUKAN INTAI BAKI DUA SLOT

2016-12-22

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) muncul pasukan pertama berjaya layak ke Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 apabila sah bergelar juara Kumpulan B selepas berakhirnya hari kedua saingan kelayakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.

 Dua slot ke LFK 2017 yang pada asalnya ditawarkan sebelum ini kini ditambah satu lagi slot selepas Selangor sah menarik diri daripada LFK 2017.

 Justeru, mesyuarat khas pengurus pasukan yang berlangsung pagi tadi telah memutuskan untuk dua pasukan yang menjuarai Kumpulan A dan B saingan kelayakan ini akan layak automatik ke LFK 2017.

 Sementara naib juara Kumpulan A dan B akan bertembung pada aksi playoff, jam 8 malam esok dengan pemenangnya akan mengisi slot terakhir layak ke LFK 2017.

 Selepas menewaskan Kuantan Rangers 4-3 dan ATM 5-1 pada hari pertama semalam, MBPP kendalian Mohamad Faizal Osman meneruskan rentak pada hari kedua dengan menewaskan KSMR Kangar FC 10-4, petang tadi untuk mengumpul sembilan mata maksimum.

 Pengesahan MBPP selaku juara Kumpulan B itu dibantu kekalahan mengejut pesaing terdekat, Pulau Pinang bimbingan Hasrinizam Hashim  kepada ATM 1-0 pada perlawanan terakhir hari kedua, sebentar tadi (malam ini).

 Pulau Pinang kekal di tangga kedua dengan empat mata diikuti ATM di tangga ketiga, juga dengan empat mata manakala Kuantan Rangers FC yang sudah menghabiskan empat perlawanan di tangga keempat dengan dua mata dan KSMR Kangar FC di tangga kelima, juga dengan dua mata.

 Tiga pasukan masih berpeluang merebut slot ke playoff selaku naib juara Kumpulan B iaitu Pulau Pinang, ATM dan KSMR Kangar FC, bergantung kepada keputusan perlawanan petang esok antara MBPP bertemu Pulau Pinang dan ATM bertemu KSMR Kangar FC.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan A, tiga pasukan masih berkira-kira untuk mengisi dua tangga teratas iaitu KL City FC, Sabah Quilmes FC dan KL Petaling Putra FC manakala dua lagi pasukan, Sarawak dan KL Imigresen FC sudah pun terkeluar daripada persaingan.

 KL City FC kendalian bekas pemain futsal kebangsaan, Jerry Dinesh Pireira kekal di tangga teratas selepas tiga perlawanan apabila berjaya menewaskan Sarawak 6-2, petang tadi untuk mengumpul tujuh mata.

 Sabah Quilmes FC bimbingan Zamry Ahmad Mokhtar pula kekal di tangga kedua dengan tujuh mata tetapi sudah pun melengkapkan kesemua empat perlawanan dengan mereka tewas 5-3 kepada Sarawak, pagi tadi sebelum bangkit membelasah KL Imigresen 8-0 pada aksi sebelah petang.

 KL Petaling Putra FC menghidupkan peluang untuk layak selepas berjaya membelasah KL Imigresen FC 10-4 untuk kini di tangga ketiga dengan enam mata.

 Sarawak di tangga keempat dengan tiga mata manakala KL Imigresen FC di tangga kelima tanpa sebarang mata.

 Pertembungan antara KL City FC dan KL Petaling Putra FC, 9 pagi esok bakal menentukan hala tuju bagi Kumpulan A manakala aksi Sarawak bertemu KL Imigresen FC, 10.30 pagi esok sekadar pelengkap jadual.

 Jika KL CIty FC menang, maka mereka akan layak automatik ke LFK 2017 selaku juara Kumpulan A manakala Sabah Quilmes FC akan layak ke aksi playoff selaku naib juara Kumpulan A.

 Namun jika KL Petaling Putra FC yang mencatat kemenangan, mereka pula yang akan muncul juara Kumpulan A manakala KL City FC layak ke playoff dan Sabah Quilmes FC tersingkir.

 Andai perlawanan berakhir seri, KL City FC kekal juara Kumpulan A dan Sabah Quilmes FC naib juara manakala KL Petaling Putra FC tersingkir.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI:

 

KUMPULAN A

SARAWAK 5-3 SABAH QUILMES FC

KL IMIGRESEN FC 4-10 KL PETALING PUTRA FC

KL IMIGRESEN FC 0-8 SABAH QUILMES FC

KL CITY FC  6-2 SARAWAK

 

KUMPULAN B

ATM 4-4 KUANTAN RANGERS FC

KSMR KANGAR FC 4-10 MBPP

KSMR KANGAR FC 4-4 KUANTAN RANGERS FC

PULAU PINANG 0-1 ATM

 

KEDUDUKAN SELEPAS PERLAWANAN HARI KEDUA:

 

KUMPULAN A

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

KL CITY FC

3

2

1

0

27

7

7

2.

SABAH QUILMES FC

4

2

1

1

18

11

7

3.

KL PETALING PUTRA FC

3

2

0

1

16

10

6

4.

SARAWAK

3

1

0

2

11

14

3

5.

KL IMIGRESEN FC

3

0

0

3

4

34

0

 

KUMPULAN B

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

MBPP*

3

3

0

0

19

8

9

2.

PULAU PINANG

3

1

1

1

4

2

4

3.

ATM

3

1

1

1

6

9

4

4.

KUANTAN RANGERS FC

4

0

2

2

12

16

2

5.

KSMR KANGAR FC

3

0

2

1

8

14

2

 

* Juara Kumpulan A dan B akan layak automatik ke LFK 2017

* Naib juara Kumpulan A dan B akan bertemu pada perlawanan playoff dengan pemenangnya akan layak ke LFK 2017