MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KE-3 BAGI PENGGAL 2014-2018

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 10 September 2015 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

Tindakan pemain Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang telah meludah pemain Kelantan dan dilayangkan kad merah ketika perlawanan Liga Super 2015 antara pasukan Selangor menentang pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor pada 19 Ogos 2015.

*           Pemain, Muhammad Nazmi Faiz Mansor telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 50 (e) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan ‘Article 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ dan pemain adalah dikenakan hukuman berikut:

*         Digantung daripada bermain untuk enam (6) perlawanan.  Walau bagaimanapun, Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai ‘Article 35 Kod Tatatertib FAM 2015’ di mana Pemain, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dikenakan penggantungan untuk tiga (3) perlawanan pertama dahulu dan baki tiga (3) perlawanan adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik Pemain.

*           Memandangkan Perlawanan Liga Super 2015 telah pun tamat, dan merujuk kepada ‘Article 40 Kod Tatatertib FAM 2015’ , penggantungan enam (6) perlawanan yang dikenakan ke atas Pemain, Muhammad Nazmi Faiz Mansor adalah seperti berikut:

i.                 Liga Super 2015, Perak lawan Selangor pada 22 Ogos 2015 (penggantungan automatik yang telah dijalani oleh pemain);

ii.                 Piala Malaysia 2015, Selangor lawan Kelantan pada 12 September 2015;

iii.           Piala Malaysia 2015, Terengganu PBDKT/T-Team lawan Selangor pada 19 September 2015; dan

iv.             baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain. Jika Pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga (3) perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta.

*        Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

*             Keputusan ini boleh dirayu.

J Category: 
article/press-release