
2016-05-18
Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini mengumumkan senarai nama 25 pemain bagi membarisi skuad Harimau Malaysia menghadapi Myanmar untuk perlawanan antarabangsa "A" di Yangon, 28 Mei ini disusuli dua perlawanan Play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste di Larkin, 2 dan 6 Jun ini.
Kim Swee, 46, hanya mengekalkan seramai 14 pemain daripada skuad 24 pemain yang tewas 2-0 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018 di Jeddah, 24 Mac lalu dan seri 0-0 dengan Macau pada perlawanan antarabangsa "A" di Melaka, 29 Mac lalu.
Antaranya ialah ketiga-tiga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Izham Tarmizi Roslan (JDT) dan Mohd Farhan Abu Bakar (Kedah), ketua pasukan Safiq Rahim, S Kunanlan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah).
Turut dikekalkan ialah dua pemain Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham serta Brendan Gan Seng Ling (Kelantan), Matthew Thomas Davies (Pahang) dan Mohamad Amirulhisyam Awang Kechik (Kedah).
Selebihnya bagi melengkapkan senarai 25 pemain untuk panggilan kali ini, Kim Swee telah memanggil seramai 11 muka baharu termasuk pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Amirulhadi Zainal serta Abdul Latiff Suhaimi dari PDRM dan Khair Muhammad Jefri Jones dari pasukan Liga Premier, Melaka.
Amirulhadi yang bakal genap berusia 30 tahun pada 27 Mei ini kembali ke skuad kebangsaan selepas hampir lima tahun 'tersisih' apabila kali terakhir beliau beraksi ialah ketika Malaysia seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai 2011.
Sementara bagi Abdul Latiff dan Khair, ini merupakan panggilan sulung skuad kebangsaan buat kedua-dua pemain berusia 27 tahun itu.
Selain tiga pemain itu, baki lapan muka baharu kali ini terdiri daripada Putera Nadher Amarhan Maderner atau lebih dikenali sebagai Junior Eldstal, Muhammad Fazly Mazlan dan S Chanthuru dari JDT, Ahmad Fakri Saarani (Kedah), R Gopinathan dan Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), D Christie Jayaseelan (Felda United) dan pemain paling muda, S Kumaahran dari Pulau Pinang yang bakal mencecah usia 20 tahun pada 3 Julai ini.
Seramai 15 pemain akan melapor diri untuk latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad ini, 22 Mei disusuli 10 pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan melapor diri pada 26 Mei, sehari selepas aksi pusingan kedua Piala AFC 2016 di Larkin.
Dengan lengkapnya senarai 25 pemain di atas, ia menyaksikan seramai 10 pemain daripada skuad ketika bertemu Arab Saudi dan Macau tidak tersenarai kali ini termasuk empat pemain - Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Nazirul Naim Che Hashim (Perak) yang hanya diletakkan dalam senarai menunggu jika ada di kalangan pemain terpilih mengalami kecederaan.
Baki enam pemain lain diketepikan terus untuk panggilan kali ini termasuk disebabkan alasan kecederaan ialah Joseph Kalang Tie dan Yong Kuong Yong (Terengganu), Mohd Hafiz Kamal dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Selangor), Shahrul Mohd Saad (Perak) dan Mohd Nazrin Mohd Nawi (JDT).
Sementara, enam pemain baharu di bawah ini berpeluang dipanggil ke senarai utama 25 pemain pada panggilan kali ini apabila turut diletakkan dalam senarai menunggu bersama Wan Zack Haikal, Norshahrul Idlan, Adam Nor dan Nazirul Naim iaitu penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S Veenod (Selangor), Mohd Rizal Mohd Ghazali (Kedah), Muhammad Hadin Azman (Felda United), Mohd Azinee Taib (JDT) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kelantan).
Skuad Harimau Malaysia akan berlepas ke Yangon, Myanmar pada Jumaat, 27 Mei, jam 10.05 pagi untuk perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, jam 6 petang (7.30 malam waktu Malaysia) pada Sabtu, 28 Mei.
Sehari kemudian iaitu pada Ahad, 29 Mei, skuad Harimau Malaysia akan berlepas pulang dari Yangon, jam 12.15 tengah hari (2.45 petang waktu Malaysia) untuk transit seketika di KLIA, Sepang sebelum meneruskan perjalanan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada jam 6.30 petang.
|
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
MOHD IZHAM TARMIZI ROSLAN |
25 |
PENJAGA GOL |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
2. |
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK |
29 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
3. |
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS |
25 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
4. |
PUTERA NADHER AMARHAN MADERNER |
25 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
5. |
KUNANLAN A/L SUBRAMANIAM |
30 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
6. |
MUHAMMAD FAZLY MAZLAN |
23 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
7. |
SAFIQ RAHIM |
29 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
8. |
MOHD AMIRULHADI ZAINAL |
30 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
9. |
CHANTHURU A/L SUPPIAH |
29 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
10. |
MOHD AMRI YAHYAH |
35 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
11. |
MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM |
31 |
PERTAHANAN |
SELANGOR |
12. |
MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM |
25 |
TENGAH |
SELANGOR |
13. |
GOPINATHAN A/L RAMACHANDRA |
27 |
TENGAH |
SELANGOR |
14. |
AHMAD HAZWAN BAKRI |
25 |
PENYERANG |
SELANGOR |
15. |
MOHD FARHAN ABU BAKAR |
23 |
PENJAGA GOL |
KEDAH |
16. |
BADDROL BAKHTIAR |
28 |
TENGAH |
KEDAH |
17. |
MOHAMAD AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK |
21 |
TENGAH |
KEDAH |
18. |
AHMAD FAKRI SAARANI |
27 |
TENGAH |
KEDAH |
19. |
KHAIRUL FAHMI CHE MAT |
27 |
PENJAGA GOL |
KELANTAN |
20. |
BRENDAN GAN SENG LING |
28 |
TENGAH |
KELANTAN |
21. |
CHRISTIE JAYASEELAN A/L DEVASAGAYAM |
30 |
TENGAH |
FELDA UNITED |
22. |
ABDUL LATIFF SUHAIMI |
27 |
TENGAH |
PDRM |
23. |
MATTHEW THOMAS DAVIES |
21 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
24. |
KUMAAHRAN A/L SATHASIVAM |
20 |
PENYERANG |
PULAU PINANG |
25. |
KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES |
27 |
PERTAHANAN |
MELAKA |