Pahang, JDT terus ungguli carta Liga Super

Dua pasukan teratas Liga Super, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjarakkan jurang mata dengan pasukan pencabar lain selepas masing-masing berjaya meraih tiga mata penuh pada perlawanan ke-16, malam tadi.
 
 Pahang kekal di tangga teratas dengan 36 mata selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan pasukan tercorot, Sime Darby 4-2 di Stadium Selayang manakala JDT menundukkan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Kuching untuk kini mengumpul 34 mata.
 
 Pasukan tangga ketiga, Perak gagal mengekori rapat untuk sekadar kekal dengan 27 mata selepas tewas 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
 
 Selangor pula kekal di tangga kelima dengan 25 mata selepas sekadar seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Shah Alam, sekali gus gagal memintas kedudukan tangga keempat daripada Felda United yang hanya akan turun bertemu Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam ini.
 
 Terengganu semakin merapati jurang mata di tangga ketujuh dengan 23 mata selepas membelasah pasukan tangga kedua tercorot, ATM 5-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
 Perlawanan ke-17 akan berlangsung pada Rabu ini (5 Ogos).
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
SIME DARBY FC 2
Marko Perovic m-10 & m-13
PAHANG 4
Damion Stewart m-30,
Matias Conti m-59 & m-67,
Fauzi Rozlan m-74
 
SARAWAK 0
JOHOR DARUL TA'ZIM 2
Amri Yahyah m-64,
Luciano Figueroa m-90+1
 
KELANTAN 1
Wan Zack Haikal Wan Nor m-72
PERAK 0
 
SELANGOR 1
Andik Vermansah m-89
PDRM 1
Ashfaq Ali m-9
 
ATM 1
Abdulafees Abdulsalam m-23
TERENGGANU 5
Ismail Faruqi Ashari m-15,
Gustavo Lopez m-49,
Issey Nakajima-Farran m-56, m-73 & m-80
 
 
JADUAL PERLAWANAN HARI INI:
 
LIONS XII lwn FELDA UNITED
Stadium Jalan Besar, Singapura, 7.45 mlm
 
J Category: 
uncategorised6