PENGADIL MALAYSIA KENDALI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023 DI KUWAIT & UAE SERTA PERLAWANAN ANTARABANGSA DI JEPUN

02.06.2021

Kebolehan pegawai perlawanan dari Malaysia terus mendapat perhatian dunia apabila tiga pengadil kebangsaan telah dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertugas sepanjang Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai sementara seorang lagi telah dipilih oleh Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) untuk mengendali tiga perlawanan anjurannya. 

Pengadil kebangsaan, Zairul Khalil Tan, akan bertugas di dalam Kumpulan A di Sharjah, UAE sebagai Penolong Pengadil manakala Pengadil FIFA, Amirul Izwan Yaacob dan Mohamad Yusri akan mengendalikan saingan di dalam Kumpulan B, masing-masing sebagai pengadil dan penolong pengadil perlawanan. 

Pusingan Kedua Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 terdiri daripada pasukan seperti China PR, Syria, Filipina, Maldives dan Guam telah bermula sejak 30 Mei lalu manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan seperti Australia, Jordan, Chinese Taipei, Kuwait dan Nepal dijadualkan bermula esok. 

Sementara itu, Mohd Arif Shamil pula telah dilantik sebagai Penolong Pengadil bagi dua perlawanan Kirin Challenge Cup 2021 dan satu perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Jepun menentang pasukan Jepun B-24 di Sapporo Dome, Hokkaido. 

FAM ingin mengucapkan selamat bertugas kepada keempat-empat pengadil dan mendoakan keselamatan mereka semasa menjalankan tugas. 

2 Jun 2021