Penubuhan Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Negeri

Pada perjumpaan antara Setiausaha Agung FAM dengan Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) yang telah berlangsung di Wisma FAM pada 3 Sept 2013 diantara agenda yang dibincang adalah berhubungkait dengan penubuhan Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Negeri.

Setiausaha Agung FAM Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin telah menekan tentang pentingnya diwujudkan jawatankuasa ini sebagaimana dibangkitkan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia baru-baru ini.

Setakat ini sejumlah 12 PBN telah menubuhkan jawatankuasa masing masing. Persatuan yang masih belum menubuhkannya akan menyusul berbuat demikian dalam sedikit masa lagi ini termasuk Pulau Pinang, Johor, Sarawak, ATM, PDRM, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Persatuan Bolasepak Cina Malaysia dan Persatuan Bolasepak India Malaysia.

Persatuan Bolasepak Negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti setakat 3 September 2013 adalah:

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Kuala Lumpur
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Negeri Sembilan
  7. Melaka
  8. Pahang
  9. Terengganu
  10. Kelantan
  11. Sabah
J Category: 
article/latest-news