Perlawanan Akhir Piala Presiden 2013

Pihak Persatuan ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada kedua-dua Pasukan yang telah berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Presiden 2013 iaitu Perak dan Kelantan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-19 FAM bagi sesi 2010-2014 telah memutuskan bahawa sekiranya Pasukan Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir maka Pasukan itu akan menjadi Pasukan (PTR). Ini adalah kerana bagi edisi perlawanan akhir Piala Presiden 2012 Pasukan Perak telah menjadi Pasukan Tuan Rumah (PTR).

Sehubungan itu, Perlawanan Akhir Piala Presiden 2013 di antara Pasukan Perak melawan Kelantan akan dimainkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bahru, Kelantan pada hari Sabtu, 12 Oktober 2013 jam 8.45malam.

 

J Category: 
uncategorised6