Perlawanan di Australia

Skuad Kebangsaan kendalian jurulatih Datuk K. Rajagobal telah tiba di Canberra, Australia tepat jam 12.50 tengah hari pada 4 Jun 2013. Ketibaan mereka disambut wakil Kedutaan Malaysia iaitu Encik Yusof.

Setibanya di sana, mereka dibawa ke tempat penginapan iaitu di Hotel Novotel Canberra. Kemudian pada jam 5 petang, mereka dibawa ke tempat latihan yang terletak hampir 15 kilometer dari tempat penginapan iaitu di Australia Sport Institute (AIS). Keadaan suhu di Canberra ketika itu ialah diantara 3 hingga ke 6 darjah Celsius. Turut sama menyaksikan latihan Skuad Kebangsaan pada hari tersebut adalah pihak Kedutaan Malaysia.

Pada keesokan hari, Pasukan Kebangsaan menjalani latihan ringan di kawasan hotel pada jam 8.30 pagi dengan keadaan suhu serendah 0 hingga 1 celsius.

J Category: 
article/latest-news