Perubahan tarikh perlawanan Piala FA 2015 Pusingan Ketiga

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan beberapa perubahan tarikh perlawanan Piala FA 2015, pusingan ketiga setelah menerima permohonan dari pengurusan pasukan kebangsaan.

Pengurusan skuad Harimau Malaya membuat permohonan tersebut bagi melanjutkan tempoh latihan pusat sebagai persiapan pada bulan Mac 2015 sebelum menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang pasukan kebangsaan Oman pada 26 Mac 2015 (Khamis) di Stadium Seeb Sports Oman.

Di samping itu, skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B kita juga turut terlibat dalam persiapan pasukan bagi menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura dan pusingan kelayakan Kejohanan AFC bawah 23 tahun.

Setelah mengambil kira unsur-unsur di atas, Pengerusi Jawatankuasa Tempatan (JKPT) telah mencapai keputusan untuk meminda perlawanan Piala FA 2015 pusingan ketiga kepada 17hb Mac 2015 (Selasa), 18hb Mac 2015 (Rabu) dan 21hb Mac 2015 (Khamis)

Perlawanan di antara dua pasukan Liga Super, Selangor dan Terengganu telah dipinda ke 18hb Mac 2015 (Rabu) setelah mengambil kira faktor tempoh perjalanan pasukan Penyu yang hanya akan pulang pada 15hb Mac 2015 (Ahad) setelah menentang pasukan LionsXII pada 14hb Mac 2015 (Sabtu)  

Di dalam perkembangan lain, perlawanan membabitkan LionsXII menentang pasukan KL S.P.A Putrajaya FC dipinda ke 21hb Mac 2015 (Sabtu) kerana pasukan kebangsaan Singapura terlibat dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pasukan Pahang pula akan menentang pasukan MISC-MIFA pada 21hb Mac 2015 (Sabtu) kerana penglibatan dalam pertandingan Piala AFC pada 18hb Mac 2015 (Rabu).

J Category: 
article/latest-news