Pesta gol di minggu pertama Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda 2015

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan menguji kemampuan masing-masing di dalam saingan sengit minggu pertama dari 27hb Februari hingga 1hb Mac Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda yang menghasilkan 153 gol.

Tirai LFK dibuka dengan pertembungan di antara pasukan Kedah melawan pasukan Pahang yang berakhir dengan keputusan 2-1. Pasukan Tok Gajah yang rata rata dibarisi pemain berjaya menundukkan pasukan Helang Merah dengan dua gol lewat di akhir permainan.

Perhitungan di antara pasukan Selangor menentang pasukan Melaka nyata mencuri perhatian penonton yang hadir setelah perlawanan tersebut menampilkan aksi serang balas menarik yang berakhir dengan keputusan seri 6-6.

Kedua-dua pasukan KL Felda United pula paling mencuri perhatian di hari kedua dengan kemenangan 7-5 ke atas pasukan Selangor di dalam kategori lelaki dan 9-0 ke atas pasukan PDRM di dalam kategori wanita.

Hari penutup LFK pula menyaksikan pasukan Perak menang besar 12-1 ke atas pasukan KL Petaling Putra.

Hari Perlawanan Pertama

Lelaki

Perempuan

Kedah 1-2 Pahang

Kedah 1-6 Selangor

Selangor 6-6 Melaka

PDRM 1-12 Selangor MPSJ

Terengganu PBDKT 2-4 KL Felda United

Sabah 0-2 KL Felda United

Sabah Quilmes 5-4 Selangor MPSJ

 

 

Hari Perlawanan Kedua

Lelaki

Perempuan

KL Felda United 7-5 Selangor

ATM 2-2 Perak

Perak 2-2 Sabah

Selangor 3-1 Sabah

Selangor 3-6 Terengganu PBDKT

KL Felda United 9-0 PDRM

Kuala Lumpur MK 2-2 KL Petaling Putra

Kuala Lumpur 4-5 Sarawak DBKU

 

Hari Perlawanan Ketiga

Lelaki

Perempuan

Sabah 2-5 Kedah

Sarawak DBKU 3-4 Kedah

Pahang 3-4 Sabah Quilmes

Selangor MPSJ 3-0 ATM

KL Petaling Putra 1-12 Perak

Perak 2-1 Kuala Lumpur

Melaka 1-5 Kuala Lumpur MK

 

 

J Category: 
article/futsal