PETER DE ROO DILANTIK SEBAGAI PENGARAH TEKNIKAL FAM

2017-07-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik Peter De Roo, berasal dari Belanda sebagai Pengarah Teknikal yang baharu dan bakal memulakan tugas beliau pada 1hb September 2017. Beliau bermain secara profesional di Belanda selama 12 tahun bersama kelab BV Veendam dan SC Cambuur. Selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak, beliau telah melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan telah dilantik sebagai Pangarah Teknikal kepada kelab Cambuur Leeuwarden. Pada tahun 2009, beliau telah berhijrah ke Australia dan telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bolasepak Australia, Institut Sukan Australia (FFA) dan pasukan kebangsaan Australia Bawah-16 dan Bawah-17 pada tahun 2012.

Beliau yang memiliki lesen khas untuk melatih pemain muda elit dari Persatuan Bolasepak Belanda, lesen AFC Pro Diploma serta Lesen Bolasepak Bersyarat dari Persatuan Bolasepak Australia telah membawa pasukan kebangsaan Australia Bawah-17 ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC Bawah-16 pada tahun 2014 di Thailand sekaligus melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2015 Bawah-17. Kejohanan yang berlangsung di Chile itu telah menyaksikan beliau berjaya membawa pasukannya layak ke peringkat 16 pasukan terbaik pada tahun tersebut.

----

PETER DE ROO APPOINTED AS FAM TECHNICAL DIRECTOR

The Football Association of Malaysia (FAM) have appointed Peter De Roo of the Netherlands as the new Technical Director and he will begin his role on September 1st 2017. He previously played professionally in the Netherlands for 12 years with BV Veendam and SC Cambuur. After ending his playing career, he ventured into coaching and was appointed as Technical Director of Cambuur Leeuwarden. In 2009, he migrated to Australia and was appointed as Technical Director of the FFA Centre of Excellence as well as Australia U-16s and U-17s in 2012.

With a Royal Dutch Football Association licence to train young elite players, an AFC Pro Diploma licence, and an FFA Football Conditioning Licence, he guided the Australia U-17 team to the AFC U-16 Championship semi-finals in 2014 in Thailand to qualify for the 2015 FIFA U-17 World Cup. The tournament in Chile saw him lead the team to Round of 16 that year.

 

Demi Bola Sepak Tanah Air

#HarimauMalaya

#TheRealHarimauMalaya

#RevolusiFAM

#EraBaharu