PIALA BELIA 2017: SSMP B-17, SSTMI B-16 KEKAL REKOD KEMENANGAN BERSIH

2017-04-03

Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-16 meneruskan rekod kemenangan bersih pada perlawanan keempat Piala Belia 2017, petang semalam untuk kekal bergelar pendahulu Kumpulan A dan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, SSMP B-17 yang dibimbing P Somasundram berjaya meraih kemenangan keempat berturut apabila menang tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Pahang di Padang Majlis Daerah Pekan untuk kini meraih 12 mata maksimum.

 Kedah kendalian Mohamad Ramlee kekal di tangga kedua dengan 10 mata selepas kembali berjaya meraih tiga mata penuh dengan menewaskan Sarawak 3-2 di Stadium Mini UUM, Sintok.

 SSTMI B-17 bimbingan M Kaviarasu pula melonjak tiga anak tangga untuk merampas kedudukan ketiga daripada Sarawak selepas berjaya menewaskan Kelantan 4-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk berkongsi tujuh mata dengan Sarawak di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jumlah gol.

 Pulau Pinang naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh selepas menang 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim IV yang turun ke tangga keenam di Stadium Negeri, Batu Kawan.

 PKNS FC pula kekal di tangga kesembilan selepas meraih mata kedua apabila seri 0-0 dengan Terengganu di Padang PKNS, Kelana Jaya.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, SSTMI B-16 bimbingan Dato' Richard Scully terus cemerlang meraih kemenangan keempat dengan menewaskan Sabah 2-1 di Padang B, SSTMI, Bandar Penawar untuk mengumpul 12 mata maksimum setakat ini.

 Negeri Sembilan kendalian Syafiq Jonny Abdullah kekal di tangga kedua selepas kembali meraih kemenangan dengan menewaskan pasukan tangga ketiga, Kuala Lumpur 2-1 di Padang Merdeka, Port Dickson.

 Felda United bimbingan Azhar Abdul Rahman pula naik ke tangga kelima selepas berjaya mencatat kemenangan sulung apabila menang 2-0 ke atas Perlis yang turun ke tangga tercorot pada aksi yang berlangsung di Stadium Mini USIM, Nilai.

 Melaka turut berjaya meraih kemenangan sulung dengan menewaskan Perak 2-1 di Stadium Mini UPSI, Tanjung Malim untuk naik ke kedudukan kelapan.

 Selangor yang tidak beraksi semalam, turun ke tangga keenam dengan empat mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

 Saingan Piala Belia 2017 diteruskan dengan hari perlawanan kelima pada Ahad ini, 9 April 2017.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM:

 

KUMPULAN A

 

KEDAH 3

Muhammad Farez Aiman Marzuki 11' 90+4'

Akmal Azmi 50'

SARAWAK 2

Wan Badzreen Wan Yusuf 47' (P)

Azafarezal Harun 56'

 

PULAU PINANG 2

Ahmad Fitri Jamahuri 8' (P)

Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid 33'

JDT IV 1

Naufal Irfan Nor Zam 41'

 

KELANTAN 2

Mohammad Imran Samso 50'

Muhammad Danial Haqim Draman 90+3'

SSTMI (B-17) 4

Muhammad Syahmi Zamri 45+2'

Wan Arif Hakimi Wan Ahmad 56'

Ahmad Nur Rahman Ab Rasid 60'

Muhammad Ramadhan Saifullah Usman 84'

 

PAHANG 0

SSMP (B-17) 1

Muhammad Izreen Izwandy 47'

 

PKNS FC 0

TERENGGANU 0

 

KUMPULAN B

 

SSTMI (B-16) 2

Muhammad Aikmal Roslan 20'

Muhammad Syahkir Muhamad Razali 67'

SABAH 1

Arius Dius Jais 3'

 

FELDA UNITED 2

Muhammad Fikri Abdul Rahim 44'

Muhamad Danial Arifin 45+1'

PERLIS 0

 

NEGERI SEMBILAN 2

Khairul Anuar Yusri Lani 35' 48'

KUALA LUMPUR 1

Muhammad Amirul Nizam Mohd Azmi 90+3' (P)

 

PERAK 1

Muhammad Adib Abdul Ra'op 26'

MELAKA 2

Mohammad Haiqal Rostam 71'

Amirul Syafiq Abdul Rahim 78'