PIALA BELIA: JUARA BERTAHAN SELANGOR DIIKAT, KEDAH DAPAT BEKALAN SELESA KE SUKU AKHIR KEDUA

2016-09-05

Juara bertahan, Selangor diikat Felda United di laman sendiri tatkala Kedah beroleh bekalan selesa selepas meraih kemenangan di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama Piala Belia 2016, petang semalam.

 Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, tuan rumah Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Kumpulan A, Sabah bimbingan Jelius Ating.

 Selangor kendalian Noor Zaidi Rohmat gagal beroleh bekalan untuk dibawa ke suku akhir kedua selepas seri 0-0 dengan Felda United bimbingan Ahmad Shahrul Azhar Sofian di Padang SUK, Shah Alam.

 Pulau Pinang pula tewas 3-2 kepada juara Kumpulan B, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 yang dibimbing Reduan Abdullah pada aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

 Sementara Kedah kendalian Roshidi Shaari berjaya mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16 yang dibimbing P Somasundram di Stadium UiTM, Shah Alam.

 Perlawanan suku akhir kedua dijadual pada 26 September ini.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KELANTAN 1

Wan Mohamad Ridhwan Wan Deraman 46'

SABAH 0

 

SELANGOR 0

FELDA UNITED 0

 

PULAU PINANG 2

Muhammad Danish Afiq Md Desa 10'

Mohamad Afif Azman 78'

SSBJ (B-17) 3

Nik Akif Syahiran Nik Mat 9'

Muhammad Nurfais Johari 21'

Muhammad Zafuan Azeman 75'

 

SSMP (B-16) 1

Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau 22'

KEDAH 3

Muhammad Fakhrul Aiman Md Noor 34'

Muhammad Asnawi Sonkurnain 44'

Mohammad Alif Romli 90+3'

 

* Suku akhir kedua pada 26 September 2016