PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED KEKAL TERATAS SELEPAS AKSI KEEMPAT

2016-03-14

Kedah kekal di tangga teratas Kumpulan A selepas menewaskan juara bertahan, Selangor 1-0 di Stadium Mini Jitra manakala Felda United masih mengungguli Kumpulan B biarpun sekadar seri 1-1 dengan Kelantan di Stadium Mini BSN, Bangi pada perlawanan keempat Piala Belia 2016, petang semalam.

 Bagi Kumpulan A, Kedah kendalian Roshidi Shaari kini mengumpul 10 mata sambil diekori rapat Sabah bimbingan Jelius Ating yang merampas tangga kedua dengan sembilan mata selepas berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-2 di Stadium USM, Pulau Pinang.

 Pahang di bawah jurulatih Fahim Kow Abdullah pula melonjak ke tangga ketiga selepas menewaskan Perak 2-1 di Stadium Mini SMK Gunung Rapat, Ipoh manakala Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 kendalian Khalid Shahdan berjaya meraih kemenangan kedua dengan membelasah Perlis 4-0 di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

 Satu lagi perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan berjaya meraih kemenangan pertama menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.

 Sementara itu, bagi Kumpulan B, Felda United kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian gagal meraih kemenangan keempat berturut apabila diikat 1-1 oleh Kelantan bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan, namun ia tidak menjejaskan kedudukan mereka di tangga teratas dengan 10 mata.

 Pasukan SSMP B-16 kendalian P Somasundram pula berjaya merampas tangga kedua daripada Kelantan selepas meraih kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Melaka 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka untuk mengumpul sembilan mata.

 Namun SSMP B-16 baru beraksi tiga perlawanan dan akan bertemu MISC-MIFA untuk perlawanan keempat mereka di Stadium Mini USIM, Nilai pada Rabu ini (16 Mac), sekali gus berpeluang merampas kedudukan tangga teratas daripada Felda United jika berjaya meraih tiga mata penuh.

 Dua pasukan mencatat kemenangan besar dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 bimbingan Razip Ismail berjaya membelasah ATM 5-0 di Padang D, MSN Bukit Jalil manakala Kuala Lumpur di bawah jurulatih Zolkifli Samion membelasah MISC-MIFA 5-1 di Padang A, UKM Bangi.

 Satu lagi perlawanan menyaksikan Johor Darul Ta’zim IV kendalian Hamzani Omar mencatat kemenangan tipis menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Mini UTM, Skudai.

 Saingan Piala Belia 2016 akan berehat selama tiga minggu dan akan disambung semula untuk perlawanan kelima pada Ahad, 3 April.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

SSMP (B-17) 4

Muhammad Zhafir Yusoff 5'

Ahmad Basari Buang 26'

Muhammad Fikhri Zulkiflee 65'

Naufal Irfan Norzam 71'

PERLIS 0

 

PERAK 1

Mohamad Nor Abid Redzuan 88'

PAHANG 2

Mohamad Haikal Hasbul 44'

Muhammad Zulhisyam Zulkifli 50'

 

SARAWAK 1

Amirul Shafizan Safri 41'

NEGERI SEMBILAN 2

Muhamad Hakimi Kamarulzaman 17' 73'

 

KEDAH 1

Nazrul Najmi Mohd Noor 9'

SELANGOR 0

 

PULAU PINANG 2

Muhammad Nabil Ramlee 22'

Khairul Akmal Rokisham 59'

SABAH 3

Aidil Shahrolmizan Asimin 30'

Jeniun Karib 43'

Ariusdius Jais 90'

 

KUMPULAN B

 

SSBJ (B-17) 5

Muhammad Zafuan Azeman 28' 37'

Muhammad Al Aiman Zaini 31'

Mohamad Arieffahmie Azam 69'

Nik Akif Syahiran Nik Mat 77'

ATM 0

 

FELDA UNITED 1

Muhammad Fikri Abdul Rahim 45'

KELANTAN 1

Muhammad Aniq Arami Ismail 89'

 

MELAKA 0

SSMP (B-16) 2

Alif Safwan Sallahuddin 47'

Izreen Izwandy 88'

 

JOHOR DARUL TA'ZIM IV 1

Wan Iman Iltizam Wan Zulkifli 56'

TERENGGANU 0

 

MISC-MIFA 1

T Thiruvinthan Thever 24'

KUALA LUMPUR 5

Mohd Hafifi Salleh 27'

Mohd Ruzaini Rusli 48' 86'

Muhammad Afzal Akbar 51'

P Raaj Baarathy 59'