PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED TERUS KUASAI CARTA

2016-04-04

Kedah dan Felda United berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kelima Piala Belia 2016, petang semalam untuk terus kekal menghuni tangga teratas Kumpulan A dan Kumpulan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kedah kendalian Roshidi Shaari berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tangga kedua sebelum ini, Sabah bimbingan Jelius Ating di Stadium Penampang untuk kini mengumpul 13 mata.

 Namun itu bukan jaminan selesa buat Kedah memandangkan tiga pasukan - Pahang, Selangor dan Pulau Pinang terus mengekori rapat dengan 10 mata apabila ketiga-tiga mereka turut berjaya meraih tiga mata penuh, petang semalam.

 Pahang kendalian Fahim Kow Abdullah naik satu kedudukan ke tangga kedua selepas garang membelasah pasukan tercorot, Perlis 9-0 di Padang Majlis Daerah Pekan.

Juara bertahan, Selangor naik dua kedudukan ke tangga ketiga menerusi kemenangan selesa 3-0 ke atas Sarawak di Padang SUK, Shah Alam manakala Pulau Pinang kekal di tangga keempat selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 di Padang A USM.

 Perak pula naik ke tangga kelima selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk berkongsi sembilan mata dengan Sabah yang turun ke tangga keenam.

 Bagi saingan Kumpulan B, Felda United kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian bangkit daripada ketinggalan menewaskan pasukan tangga kedua sebelum ini, SSMP B-16 bimbingan P Somasundram dengan jaringan 2-1 di Padang B, Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

 Dengan mengumpul 13 mata setakat ini, Felda United diekori rapat Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan yang merampas tangga kedua menerusi kemenangan 4-1 ke atas pasukan tercorot, ATM di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk kini memungut 11 mata.

 Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 pula mencuri tumpuan apabila garang membelasah MISC-MIFA 8-1 di Stadium Panasonic MSN, Shah Alam untuk naik ke tangga ketiga, berkongsi 10 mata dengan SSMP B-16 yang kini turun ke tangga keempat.

 Kuala Lumpur kekal di tangga kelima, juga dengan 10 mata selepas menewaskan pasukan tangga keenam, Johor Darul Ta'zim IV 2-1 di Stadium Mini UPM, Serdang.

 Terengganu pula kekal di tangga kelapan selepas sekadar seri 0-0 ketika melayan kunjungan pasukan tangga ketujuh, Melaka di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Gong Badak.

 Perlawanan keenam akan berlangsung pada Ahad, 10 April 2016.

 

FOTO KREDIT: FELDA UNITED FC

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

SELANGOR 3

M Tamil Maran 11' 49'

Muhammad Irfan Bakhtiar 13'

SARAWAK 0

 

NEGERI SEMBILAN 0

PERAK 2

Ahmad Syahmi Ahmad Bakhtiar 35'

Mohammad Shafaiq Abdul Malek 90+2'

 

PAHANG 9

Muhammad Nur Izzat Che Awang 14' 21' 90+1'

Muhammad Nor Amirul Muhd Nizam (p) 46'

Muhammad Fakrul Hakimi Abu Bakar 47'

Mohamad Haikal Hasbul 48'

Muhammad Zulhisyam Zulkifli 61'

Zainal Abidin Hamzah 79'

Mohamad Arisazri Juhari 86'

PERLIS 0

 

SABAH 0

KEDAH 1

Muhammad Fakhrul Aiman Md Noor 32'

 

P PINANG 1

Mohamad Afif Azman 85'

SSMP (B-17) 0

 

KUMPULAN B

 

TERENGGANU 0

MELAKA 0

 

SSMP (B-16) 1

Arif Shaqirin Suhaimi 37'

FELDA UNITED 2

Harris Fauzi Ahmad 71'

Ahmad Zulhilmi Januaal 84'

 

KELANTAN 4

Mohammad Imran Samso 12' 22' 48'

Maulana Muhammad Che Darus 45+2'

ATM 1

Mohammad Arasyh Syafiq Mohd Razif (p) 41'

 

KUALA LUMPUR 2

Mohd Hafifi Mohd Salleh 40' 88'

JOHOR DARUL TA'ZIM IV 1

Muhammad Nashrul Eiman Mohd Hamdan (p) 69'

 

MISC-MIFA 1

Basyir Ahmadd Abdul Karim 28'

SSBJ (B-17) 8

V Parvin Kumar (gs) 9'

Muhamad Nazirul Hasif Mallang 38'

Muhammad Syaiful Alias 42'

Mohamad Arieffahmie Mohd Azam 43' 46'

Nik Akif Syahiran Nik Mat 53'

Muhammad Al Aiman Mohd Zaini 80'

Muhammad Nurfais Johari 82'