PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED TERUS UNGGULI CARTA

2016-04-18

Kedah dan Felda United mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tujuh perlawanan Piala Belia 2016 apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing, petang semalam untuk terus mengungguli tangga teratas Kumpulan A dan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kedah kendalian jurulatih Roshidi Shaari berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)) B-17 kendalian Khalid Shahdan di Stadium Mini Jitra menerusi gol kemenangan Mohammad Ikhmal Ahmad pada masa kecederaan.

 Selepas tujuh perlawanan, Kedah mengumpul 19 mata menerusi enam kemenangan, sekali seri dan belum tewas.

 Sabah bimbingan Jelius Ating mengekori di tangga kedua dengan 15 mata selepas turut mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak di Stadium Penampang.

 Pahang pula naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga dengan 13 mata selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala satu lagi perlawanan menyaksikan Pulau Pinang diikat Sarawak 2-2 di Padang A, USM.

 Perlawanan Selangor dan Perlis yang sepatutnya berlangsung di Padang SUK, Shah Alam telah ditunda ke 27 April di gelanggang sama.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, Felda United kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian turut berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium UPM, Serdang.

 Selepas tujuh perlawanan, Felda United mengumpul 19 mata hasil enam menang, sekali seri dan belum tewas.

 Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 kekal di tangga kedua dengan 16 mata selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim IV 1-0 di Stadium Mini UTM, Skudai manakala SSMP B-16 kendalian P Somasundram kekal di tangga ketiga, sama 16 mata selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Gambang.

 Dua lagi perlawanan menyaksikan Terengganu menewaskan ATM 1-0 di Kompleks Sukan Gong Badak manakala Melaka menewaskan MISC-MIFA 2-0 di Padang A, UKM Bangi.

 Perlawanan kelapan akan berlangsung pada Rabu ini, 20 April 2016.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

PULAU PINANG 2

Mohd Hasrul Che Halim 43'

Muhamad Danial Arifin 52'

SARAWAK 2

Azafarezal Harun 70'

Mohd Nazri Daud 74'

 

SABAH 2

Mohd Aidil Safee 61'

Jeniun Karib 73'

PERAK 1

Ahmad Syahmi Ahmad Bakhtiar (p) 39'

 

NEGERI SEMBILAN 1

Muhamad Hakimi Kamarulzaman 55'

PAHANG 2

Muhammad Nur Izzat Che Awang 24' 48'

 

KEDAH 2

Muhammad Azrie Reza Zamri 21'

Mohammad Ikhmal Ahmad 90+3

SSMP (B-17) 1

Nik Muhammad Adam Fitri Nik Soh 87'

 

SELANGOR lwn PERLIS (Dipinda 27 April)

 

KUMPULAN B

 

MISC-MIFA 0

MELAKA 2

Muhamad Izzat Mohamad Sino 11'

Amirul Syafiq Abdul Rahim 61'

 

KUALA LUMPUR 1

Mohd Hafifi Mohd Salleh 83'

FELDA UNITED 3

Harris Fauzi Ahmad 7'

Amirul Adam Saarani 88' 90+4'

 

TERENGGANU 1

Amirul Syazwan Nor Azmi 36'

ATM 0

 

SSMP (B-16) 2

Arif Shaqirin Suhaimi 15'

Muhammad Alif Safwan Sallahuddin 56'

KELANTAN 1

Mohammad Imran Samso 29'

 

JOHOR DARUL TA'ZIM IV 0

SSBJ (B-17) 1

Muhammad Zafuan Azeman 49'