PIALA BELIA: SABAH, SSBJ B-17 TAMAT SAINGAN SELAKU JUARA KUMPULAN

2016-08-22

Juara bertahan, Selangor berjaya menempah tempat ke suku akhir tatkala Sabah dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 muncul juara Kumpulan A dan B selepas selesai perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Belia 2016, petang semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, Sabah kendalian Jelius Ating yang sudah pun sah sebagai juara selepas perlawanan minggu lalu tewas 3-2 kepada pasukan tangga ketujuh, Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

 Kedah yang dibimbing Roshidi Shaari muncul naib juara kumpulan selepas berjaya menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Mini Jitra.

 Selangor kekal di tangga ketiga selepas skuad kendalian Noor Zaidi Rohmat itu diikat 1-1 oleh Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 pada aksi yang berlangsung di Pahang B, Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

 Pulau Pinang kendalian Faizal Abdul Halim pula menjadi pasukan terakhir ke suku akhir selepas meraih kemenangan besar 6-1 ke atas Pahang di Padang A, USM untuk menduduki tempat keempat dengan kelebihan jaringan meskipun berkongsi mata dengan Perak yang menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.

 Selepas berakhir 18 perlawanan, Sabah muncul juara Kumpulan A dengan mengumpul 36 mata diikuti Kedah 34 mata, Selangor 32 mata dan Pulau Pinang 31 mata untuk senarai empat pasukan teratas berjaya mara ke suku akhir.

 Bagi saingan Kumpulan B pula, SSBJ B-17 bimbingan Reduan Abdullah kembali merampas tangga teratas sekali gus bergelar juara kumpulan selepas meraih tiga mata penuh menewaskan Terengganu 3-0 di Padang D, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

 Felda United kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian terpaksa berpuas hati menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan selepas sekadar seri 0-0 dengan pasukan tangga kelapan, Melaka di Stadium Hang Tuah.

 SSMP B-16 bimbingan P Somasundram kekal di tangga ketiga selepas seri 1-1 dengan pasukan tangga ketujuh, Kuala Lumpur di Stadium Mini UPM, Serdang.

 Kelantan pula muncul pasukan terakhir sah ke suku akhir selepas skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan itu berjaya menewaskan MISC-MIFA 2-1 di Padang A, UKM, Bangi.

 Selesai 18 perlawanan, SSBJ B-17 muncul juara Kumpulan B dengan 38 mata diikuti Felda United dengan 37 mata, SSMP B-16 juga dengan 37 mata dan Kelantan 31 mata untuk empat pasukan teratas mara ke suku akhir.

 Perlawanan suku akhir dijadual berlangsung secara timbal balik pada 4 dan 26 September ini dengan menyaksikan pertembungan Sabah lwn Kelantan, Kedah lwn SSMP B-16, Selangor lwn Felda United dan Pulau Pinang lwn SSBJ B-17.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

SARAWAK 1

Mohd Reduwan Sarkawi 86'

PERAK 2

Ahmad Nazreen Zahrul-lail 39'

Abdul Razak Mastor 47'

 

SABAH 2

Hamran Peter 6' 86'

NEGERI SEMBILAN 3

Muhammad Idham Zuhair Roslisam (p) 4'

Muhammad Ibrahim Azfar Harun (p) 84'

Muhammad Hafizie Erwinshah 89'

 

PULAU PINANG 6

Mohamad Afif Azman 14'

Muhammad Danish Afiq Md Desa 42' 45+1'

Muhamad Danial Arifin 44' 56' 90+2'

PAHANG 1

Muhammad Nur Izzat Che Awang 85'

 

KEDAH 2

Muhammad Nazrul Najmi Mohd Noor 14'

Muhammad Azrie Reza Zamri 68'

PERLIS 0

 

SSMP (B-17) 1

Mohamad Fahmi Sabri 85'

SELANGOR 1

Muhamad Azizul Baharuddin 23'

 

KUMPULAN B

 

MELAKA 0

FELDA UNITED 0

 

KUALA LUMPUR 1

Mohd Hafifi Mohd Salleh 48'

SSMP (B-16) 1

Nor Amirul Awang 61'

 

MISC-MIFA 1

E Jacob Joseph Leprince 43'

KELANTAN 2

Muhammad Aniq Arami Ismail 13' 36'

 

JDT IV 2

Arif Akmal Abdul Talib 17' 56'

ATM 0

 

SSBJ (B-17) 3

Muhamad Nazirul Hasif Mallang 8'

Muhammad Nurfais Johari 9'

Ammar Akhmall Alias 68'

TERENGGANU 0

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN DIPINDA

 

17 OGOS 2016

KELANTAN 3

Muhammad Aniq Arami Ismail 10'

Muhamad Rafie Mat Yaacob 15'

Mohammad Ramani Nabil Roslan 87'

SSBJ (B-17) 3

Muhammad Al Aiman Mohd Zaini 61'

Nik Akif Syahiran Nik Mat 63'

Mohamad Arieffahmie Mohd Azam 90+1'

 

17 OGOS 2016

FELDA UNITED 4

Ahmad Daniel Ziadi 20'

Nohfitri Ahmad 59'

Amirul Adam Saarani 72' 75'

ATM 0

 

18 OGOS 2016

JDT IV 1

Azrul Azuan Ali 8'

SSMP (B-16) 3

Muhammad Amirul Husaini Zamri 9'

Muhammad Nizarruddin Jazi 19'

Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau 87'

 

19 OGOS 2016

KELANTAN 0

FELDA UNITED 0

 

 

INFO: Suku akhir Piala Belia 2016

 

(A1) Sabah lwn Kelantan (B4)

(A2) Kedah lwn SSMP B-16 (B3)

(A3) Selangor lwn Felda United (B2)

(A4) Pulau Pinang lwn SSBJ B-17 (B1)

 

* Perlawanan timbal balik pada 4 & 26 September 2016