PIALA BELIA: SELANGOR, SSBJ B-17 MENANG SEPARUH AKHIR PERTAMA

2016-10-02

Juara bertahan, Selangor dan juara Kumpulan B, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 berpeluang cerah untuk melangkah ke final Piala Belia 2016 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama, petang tadi.

 Selangor kendalian Noor Zaidi Rohmat yang menduduki tangga ketiga Kumpulan A sebelum ini berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

 Gol tunggal Muhammad Fazrul Fahriz Zeky pada minit kelapan menjadi bekalan baik buat Selangor sebelum mereka menanti pula kunjungan Kelantan di Padang SUK, Shah Alam pada 9 Oktober ini.

 Sementara itu, SSBJ B-17 bimbingan Reduan Abdullah berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kedah kendalian Roshidi Shaari di Padang D, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

 Dua gol menerusi Muhammad Al Aiman Mohd Zaini pada minit ke-45 dan Mohamad Arieffahmie Mohd Azam minit ke-58 menjadi bekalan buat SSBJ B-17 untuk bertandang ke Stadium Mini Jitra pada 9 Oktober ini.

 Final Piala Belia 2016 secara timbal balik dijadual berlangsung pada 16 dan 23 Oktober ini.

 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PERTAMA

 

KELANTAN 0

SELANGOR 1

Muhammad Fazrul Fahriz Zeky  8'

 

SSBJ (B-17) 2

Muhammad Al Aiman Mohd Zaini 45'

Mohamad Arieffahmie Mohd Azam 58'

KEDAH 0

 

* Separuh akhir kedua pada 9 Oktober