PIALA FAM: FELCRA FC, MOF FC LEBAR REKOD KEMENANGAN

2016-03-10 

Felcra FC tidak mensia-siakan peluang merampas kedudukan tangga teratas Kumpulan A Piala FAM 2016 apabila menundukkan Sungai Ara FC 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, semalam.

Muhammad Hafizi Mat Podzi muncul wira buat skuad kendalian ketua jurulatih Yusri Che Lah itu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 setelah permainan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Di Kompleks Sukan BSN, Bangi, pasukan tuan rumah, Megah Murni FC mengatasi pasukan Persatuan Bolasepak Ipoh 3-2 untuk meraih kemenangan sulung musim ini.

AirAsia Allstars FC (AAFC) pula bangkit dari kekecewaan tumpas kepada Sungai Ara FC di laman sendiri pada aksi kedua Piala FAM 2016 minggu lepas apabila menewaskan Penjara FC 3-0 di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan.

Gol-gol AAFC dijaringkan oleh pemain bek kanan, Hazwan Rahman (m-36), Khairul Naim Mahyuddin (m-78) dan Mohd Faizwan Abdullah (m-86).

Sementara itu, pendahulu saingan Kumpulan B, MOF FC terus unggul di tangga teratas dengan sembilan mata penuh apabila menewaskan SAMB FC 3-2 di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Pemain sayap, Helmi Hariri Ibrahim meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-3 sebelum SAMB FC membalas menerusi jaringan Ahmad Khusaini Piee pada minit ke-11 dan Mohd Yusri Abas pada minit ke-43.

Pemain gantian, Mohd Hafizi Amirudin muncul wira MOF FC apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 selepas bekas pemain kebangsaan, Mohd Nizad Ayub menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pula berpesta gol apabila membelasah Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia 5-0 di Stadium Mini UKM, Bangi manakala Kelab Bolasepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) menewaskan MPKB-BRI UBES FC 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Hanelang FC menundukkan UKM FC 1-0 di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu menerusi jaringan Mohd Rahmat Makasuf pada minit ke-65.

FOTO KREDIT: FELCRA FC

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM
 
KUMPULAN A
 
SUNGAI ARA FC 0
FELCRA FC 1
Muhammad Hafizi Mat Podzi 59'
 
MEGAH MURNI FC 3 
Terence Mariselvam 6'
G. Sivachandran 10' 50'
PB IPOH 2
J. Patmanathan 15'
R. Surendren 46' 
 
PENJARA FC 0
AIRASIA ALLSTARS FC FC 3
Hazwan Rahman 36'
Khairul Naim Mahyuddin 78'
Mohd Faizwan Abdullah 86'
 
KUMPULAN B
 
PB MELAYU MALAYSIA 0
PKNP FC 5
Hamizul Izaidi Zulkifli 20'
Mohd Ibni Khozaimi 41'
Muhammad Shahrel Fikri Fauzi 48' 65' 
G. Mugenthirran 87'
 
HANELANG FC 1
Mohd Rahmat Makasuf 65'
UKM FC 0
 
SAMB FC 2
Ahmad Khusaini Piee 11'
Mohd Yusri Abas 43'
MOF FC 3
Helmi Hariri Ibrahim 3'
Mohd Nizad Ayub 51'
Mohd Hafizi Amirudin 93'
 
MPKB-BRI UBES FC 0
KDMM FC 1
Yazili Yunat 93'