PIALA FAM: MISC-MIFA, FELCRA, AIRASIA & PKNP KE SEPARUH AKHIR

2016-09-19

Tiga pasukan teratas Kumpulan A iaitu MISC-MIFA, FELCRA FC dan AirAsia Allstars serta juara Kumpulan B, PKNP FC berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing pada aksi suku akhir kedua Piala FAM 2016, semalam.

 Juara Kumpulan A, MISC-MIFA kendalian Jacob Joseph tewas 2-1 kepada pasukan tangga keempat Kumpulan B, KDMM FC bimbingan Andrew Majanggim di Stadium Mini USIM, namun kemenangan 4-1 pada aksi pertama di tempat lawan membolehkan MISC-MIFA mara dengan agregat 5-3.

 MISC-MIFA bakal berdepan pasukan tangga ketiga Kumpulan A, AirAsia Allstars FC di separuh akhir apabila skuad kendalian P Maniam itu mara dengan agregat 2-1 selepas seri 1-1 dengan naib juara Kumpulan B, MOF FC bimbingan Zahasmi Ismail di Stadium Inspen, Bangi.

 Juara Kumpulan B, PKNP FC di bawah kendalian Abu Bakar Fadzim pula tidak menghadapi masalah untuk mara dengan agregat besar 6-1 selepas menewaskan pasukan tangga keempat Kumpulan A, Sungai Ara FC 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

 PKNP FC akan bertemu naib juara Kumpulan A, FELCRA FC di separuh akhir apabila pasukan kendalian Yusri Che Lah itu mara menerusi agregat 3-1 selepas menewaskan SAMB FC 2-1 di Stadium Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 Separuh akhir pertama akan berlangsung pada Ahad ini, 25 September menyaksikan MISC-MIFA bertemu AirAsia Allstars FC di Stadium Mini USIM, Nilai manakala PKNP FC berdepan FELCRA FC di Stadium Perak, Ipoh.

 Sementara aksi separuh akhir kedua pula bakal berlangsung pada Ahad, 9 Oktober dengan aksi AirAsia Allstars FC menentang MISC-MIFA di Stadium Shah Alam dan perlawanan FELCRA FC bertemu PKNP FC di Stadium Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Perlawanan Akhir secara timbal balik dijadual pada 20 dan 27 Oktober dengan kedua-dua pasukan yang layak ke aksi final itu akan mengisi dua slot ke Liga Premier 2017.

 

KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR 2

 

MISC-MIFA 1

Muhammad Fauzi Abdul Kadar 65'

KDMM FC 2

Zuraindey Jumai 21'

Hardy Charles Parsi 33'

* MISC-MIFA layak dengan agregat 5-3

 

MOF FC 1

Rezal Zamberi Yahya (p) 74'

AIRASIA ALLSTARS FC 1

Muhammad Zamri Hassan 41'

* AIRASIA ALLSTARS FC layak dengan agregat 2-1

 

PKNP FC 3

S Deevan Raj 40' 45'

Hamizul Izaidi Zulkifli 51'

SG ARA FC 1

Mohamad Zailani Ramli 63'

* PKNP FC layak dengan agregat 6-1

 

FELCRA FC 2

Mohd Faiz Mohd Nasir 32'

Muhammad Hafizi Mat Podzi 63'

SAMB FC 1

Mohammad Zaidi Zubir 70'

* FELCRA FC layak dengan agregat 3-1