PIALA FAM: MISC-MIFA, PKNP FC SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

2016-09-08

Juara Kumpulan A dan B, MISC-MIFA dan PKNP FC berjaya mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pertama Piala FAM 2016, malam tadi untuk bekalan selesa menjelang aksi kedua, 18 September ini.

 MISC-MIFA kendalian Jacob Joseph berjaya menewaskan KDMM FC bimbingan Andrew Majanggim 4-1 pada aksi di tempat lawan yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

 PKNP PC yang dibimbing Abu Bakar Fadzim turut berjaya mencatat kemenangan bergaya di tempat lawan selepas menewaskan pasukan tangga keempat Kumpulan A, Sungai Ara FC 3-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

 Naib juara Kumpulan A, FELCRA FC kendalian Yusri Che Lah juga berjaya membawa pulang bekalan tipis dari gelanggang lawan selepas menang 1-0 ke atas pasukan tangga ketiga Kumpulan B, SAMB FC di Stadium Hang Tuah, Melaka.

 Hanya AirAsia Allstars FC bimbingan P Maniam muncul pasukan tuan rumah tunggal berjaya meraih kemenangan selepas menewaskan naib juara Kumpulan B, MOF FC kendalian Zahasmi Ismail 1-0 di Stadium Shah Alam pada aksi yang berlangsung sebelah petang.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KDMM FC 1

Mohd Helmi Sudin 25'

MISC-MIFA 4

Muhammad Fauzi Abdul Kadar 41' 62'

M Yoges 73'

M Tinaadkharan 81'

 

AIRASIA ALLSTARS FC 1

Mohd Shahril Izwan Abdullah 29'

MOF FC 0

 

SUNGAI ARA FC 0

PKNP FC 3

Muhammad Shahrel Fikri Fauzi 16'

G Mugenthirran 27' 33' (p)

 

SAMB FC 0

FELCRA FC 1

Mohd Fazliata Taib 45+3'

 

* Suku akhir kedua pada 18 September 2016