PIALA FAM: MISC-MIFA RAMPAS TERAJU, PKNP FC TERUS KUASAI CARTA

2016-04-11

MISC-MIFA merampas tangga teratas Kumpulan A tatkala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) kekal mendahului saingan Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi keenam Piala FAM 2016, semalam.

Di Stadium Mini USIM, Nilai, MISC-MIFA mencatat kemenangan 6-3 ke atas pasukan baharu, DYS FC untuk kini menghuni tempat teratas Kumpulan A dengan jumlah mata yang sama dengan pendahulu sebelum ini, Felcra FC.

Sungai Ara FC pula kekal di tangga ketiga setelah menumpaskan pasukan di tangga kelapan, Megah Murni FC 3-0 di Kompleks Sukan BSN, Bangi untuk mengumpul 12 mata.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, Persatuan Bolasepak Ipoh terpaksa akur berkongsi satu mata setelah diikat Penjara FC 2-2 di Stadium Mini Manjong, Perak.

Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, PKNP FC melebarkan rekod kemenangan selepas menewaskan Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF FC) 3-1 di Stadium Perak, Ipoh untuk terus kekal di tangga teratas dengan 14 mata.

Kelab Bolasepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) berjaya naik ke tangga ketiga setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas pencabar terdekat, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia di Stadium Mini UKM, Bangi.

Kelab Bolasepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) melonjak ke tangga kelima selepas menewaskan MPKB-BRI UBES FC 1-0 di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu manakala Kelab Bolasepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) pula naik ke tangga keenam selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Hanelang FC di Stadium Keningau, Sabah.

FOTO KREDIT: MISC-MIFA

KEPUTUSAN SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

MEGAH MURNI FC 0

SUNGAI ARA FC 3

Syamil Masdhoki 4’

Khairul Azri Jamal Abdul Haziq 34’

Mohd Saufi Ibrahim 56’

 

PB IPOH 2

Khairul Anas Safri 82

P Veeran 90

PENJARA FC 2

Zulhelmi Jumai 20’

Muhammad Shahrul Nizam Anuar 30’

 

MISC-MIFA 6

G Thipenraj 3’ 43’

S Silambarasan 34’

M Youwarasan 64’

Mohd Hazwan Zainun 90+1’

Ash Hameed 90+3’

DYS FC 3

M Youwarasan (gs) 19’

Zainizam Marjan 56’

Billy Doliante 60’

 

KUMPULAN B

 

UKM FC 1

Muhd Hadzirun Che Hamid 34’

PB MELAYU MALAYSIA 0

 

MPKB-BRI UBES FC 0

SAMB FC 1

Shakir Samad 29’

 

KDMM FC 1

Peter Anthony 26’

HANELANG FC 0

 

PKNP FC 3

G Mugenthirran 10’

Hamizul Izzaidi Zulkifli 12’

Muhd Shahrel Fikri Mohd Fauzzi 65’

MOF FC 1

Mohd Nizad Ayub 61’