PIALA FAM: PKNP FC PERKUKUH CENGKAMAN

2016-04-18

Sungai Ara FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk merampas tangga kedua Kumpulan A apabila tewas 0-2 kepada Shahzan Muda FC manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) terus unggul di tangga teratas Kumpulan B setelah meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas UKM FC, semalam.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Azhar Abdul Rahman kekal di tangga ketiga dengan 12 mata biarpun aksi di antara pasukan tangga kedua, MISC-MIFA menentang AirAsiaAllstars FCdi Stadium Mini UPM, Serdang ditangguhkan kerana hujan lebat dan kilat.

Penjara FC bimbingan Abdul Rahim Abdullah pula berjaya melonjak ke tangga keempat setelah menumpaskan Megah Murni FC 2-1 di Stadium Mini USIM, Nilai untuk mengumpul 8 mata.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, pasukan baharu, DYS FC kekal di tangga terbawah selepas tumpas 1-2 kepada Persatuan Bolasepak Ipoh di laman sendiri, Kompleks Sukan Tawau, Sabah.

Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, PKNP FC berjaya meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan UKM FC 3-0 di Stadium Mini UKM, Bangi untuk kekal di tangga teratas dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan.

Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF FC) yang dibimbing Zahasmi Ismail kekal di tangga kedua setelah menewaskan Kelab Bolasepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) 1-0 di Stadium INSPEN, Bangi dengan 13 mata.

Hanelang FC naik satu anak tangga ke tangga keenam selepas terikat 1-1 dengan MPKB-BRI UBES FC di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu tatkala Kelab Bolasepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) turut terpaksa akur berkongsi mata selepas seri 1-1 dengan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

KUMPULAN A

 

DYS FC 1

Harnoman Appid 70’

PB IPOH 2

Mohd Asyrul Wahab 17’

Khairool Anas Safri 66’

 

AIRASIA ALLSTARS FC lwn MISC-MIFA (Perlawanan ditangguhkan kerana hujan lebat & kilat)

 

PENJARA FC 2

Rendie Acho 3’

Muhd Shahrul Nizam Anuarl 18’

MEGAH MURNI FC 1

Terence Marieselvam 42’

 

SG ARA FC 0

SHAHZAN MUDA FC 2

Muhd Razren Mohd Jesni 45+2’

Mohd Rifaie Awang Long 48’

 

KUMPULAN B

 

UKM FC 0

PKNP FC 3

Muhd Ibni Khozaini 40’

Muhd Fadhil Idris 68’

Muhd Shahrel Fikri Mohd Fauzzi 84’

 

MOF FC 1

Mohd Nizad Ayub 5’

KDMM FC 0

 

HANELANG FC 1

Muhd Izzuddin Rashid 20’

MPKB-BRI UBES FC 1

Mohd Fahmi Izzuddin Mohd Lokeman 57’

 

SAMB FC 1

Ahmad Khusaini Piee 25’

PB MELAYU MALAYSIA 1

Aikal Aiman Azlan 19’