PIALA FAM: SG ARA FC LONJAK KE TANGGA KETIGA, PKNP FC TERUS KUASAI CARTA

2016-05-12

Sungai Ara FC melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menumpaskan Shahzan Muda FC tatkala Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) melebarkan penguasaan di tangga teratas carta Kumpulan B apabila menewaskan Kelab Bolasepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) pada saingan Piala FAM 2016, semalam.

Bagi Kumpulan A, Sungai Ara FC yang dibimbing Azhar Abdul Rahman berjaya naik satu anak tangga ke tempat ketiga selepas menundukkan Shahzan Muda FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang untuk mengumpul 19 mata daripada 10 perlawanan.

Di Stadium Mini Manjung, Perak, Persatuan Bolasepak Ipoh gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri setelah tumpas 0-2 kepada DYS FC bagi membolehkan skuad kendalian Stanley Chew naik ke tangga kelapan dengan tujuh mata.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, Megah Murni FC dan Penjara FC terpaksa akur berkongsi mata setelah terikat 1-1 pada pertemuan di Kompleks Sukan BSN, Bangi.

Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, PKNP FC kendalian Abu Bakar Fadzim mengukuhkan cengkaman di tangga teratas dengan mengumpul 20 mata daripada 8 perlawanan setelah menumpaskan UKM FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh. Keputusan itu turut menyaksikan UKM FC turun ke tangga keempat dengan 10 mata.

Di Stadium Keningau, Sabah, Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan (MOF FC) pula gagal merapatkan jurang dengan pendahulu setelah diikat oleh pasukan tuan rumah, Kelab Bolasepak Kadazan Murut Malaysia (KDMM FC) 2-2 untuk kekal di tangga kedua dengan 14 mata.

Di Stadium Mini UKM, Bangi, Kelab Bolasepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) berjaya naik ke tangga ketiga selepas menumpaskan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia 2-1 untuk kini mengumpul 12 mata tatkala pertemuan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan menyaksikan MPKB-BRI UBES FC terikat 3-3 dengan Hanelang FC.

FOTO KREDIT: PKNP FC

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

KUMPULAN A

 

PB IPOH 0

DYS FC 2

Jasni Nasri 16’

Hafizan Jahar 72’

 

MEGAH MURNI FC 1

Nur Adli Effandi Mohd Pauzee 1’

PENJARA FC 1

Muhamad Khairudin Ramli 66’

 

SHAHZAN MUDA FC 0

SUNGAI ARA FC 2

Mohd Saufi Ibrahim 5’

Mohd Nor Hamizaref Hamid 82’

 

KUMPULAN B

 

KDMM FC 2

Peter Anthony 76'

Melky Balang 54'

MOF FC 2

Nizad Ayub 65'

Rudie Ramli 90' + 1

PB MELAYU MALAYSIA 1

Mohamad Shamirul Mohamed Rani 88’

SAMB FC 2

Mohd Yusri Abas 43’

Shakir Samad 45’+2

 

MPKB-BRI UBES FC 3

Aliff Raziman Rahisam 45’

Mohd Hazwani Abd Karim 52’

Mohd Asmie Amir Zahari 77’

HANELANG FC 3

Mohd Zawawi Mat Arif 13’

Mohd Hasrolsyawal Hamid 20’ 64’

 

PKNP FC 1

G Mugenthirran 46’

UKM FC 0