Piala Futsal Komanwel 2015: Malaysia 7-3 Vanuatu

Malaysia memulakan kempen Piala Futsal Komanwel 2015 di Wellington, New Zealand dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Vanuatu 7-3 pada perlawanan sulung di Pusat Sukan ASB, semalam (Jumaat).
 
 Skuad kendalian jurulatih Marcelo Serpa itu mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan Saiful Aula Ahmad dan satu gol Amar Ashraf Abu Bakar.
 
 Bersambung babak kedua, skuad negara menambah tiga lagi gol menerusi Ahmad Fawzul Hadzir, Ridzwan Bakri dan kapten Fitri Yatim sebelum Vanuatu berjaya menjaringkan gol pertama mereka untuk kedudukan 6-1.
 
 Malaysia kemudian menambah gol ketujuh menerusi jaringan kedua peribadi Amar Ashraf sebelum kelekaan pada saat akhir membenarkan Vanuatu menambah dua lagi gol untuk kedudukan muktamad 7-3.
 
 Terdahulu pada satu lagi perlawanan, Australia berjaya menewaskan tuan rumah, New Zealand 3-2.
 
 Perlawanan kedua diteruskan hari ini (Sabtu) dengan Malaysia akan bertemu New Zealand pada jam 2.30 petang (waktu Malaysia) diikuti aksi Australia bertemu Vanuatu jam 4.30 petang.
 
 Perlawanan terakhir bagi kejohanan secara liga sepusingan ini akan berlangsung esok (Ahad) dengan New Zealand bertemu Vanuatu jam 12.30 tengah hari (waktu Malaysia) diikuti Malaysia bertemu Australia jam 2.30 petang.
J Category: 
article/futsal