PIALA PRESIDEN 2017: JDT III RAMPAS TANGGA TERATAS; NEGERI SEMBILAN TERUS RAIH MATA MAKSIMUM

2017-03-09

Johor Darul Ta'zim (JDT) III berjaya meraih kemenangan kedua berturut pada perlawanan ketiga Piala Presiden 2017, petang tadi untuk merampas tangga teratas Kumpulan A tatkala Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut untuk kekal sebagai pendahulu Kumpulan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, JDT III kendalian Ervin Boban mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Kedah bimbingan Victor Andrag di Stadium Mini UUM, Sintok untuk melonjak dua anak tangga ke kedudukan teratas menerusi tujuh mata hasil dua menang dan sekali seri.

 UiTM FC di bawah bimbingan Anuar Abu Bakar naik tiga anak tangga ke kedudukan kedua dengan enam mata selepas menundukkan pendahulu sebelum ini, Felda United 1-0 di Stadium UiTM, Shah Alam untuk menolak skuad kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian itu turun ke tangga ketiga berdasarkan kelebihan gol.

 Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapha pula turun dua anak tangga ke kedudukan keempat selepas sekadar seri 2-2 dengan Terengganu kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Pulau Pinang bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid juga merosot satu anak tangga ke kedudukan kelima selepas seri 1-1 dengan Sarawak kendalian S Veloo di Stadium Negeri, Kuching.

 Satu lagi perlawanan menyaksikan pasukan tercorot, Melaka berjaya meraih mata sulung apabila seri 1-1 dengan pasukan tangga kelapan, PDRM di Stadium Mini UTeM, Ayer Keroh.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, Negeri Sembilan kendalian Sazali Saidun terus cemerlang dengan kini mengumpul sembilan mata maksimum selepas berjaya menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

 PKNP FC bimbingan A Pugelenthi turut meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor untuk kekal di tangga kedua dengan tujuh mata manakala Kuala Lumpur turun satu tangga ke kedudukan keempat dengan empat mata.

 PKNS FC pula berjaya melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga dengan lima mata selepas skuad kendalian Ridzuan Abu Shah itu garang membelasah pasukan tercorot, ATM 7-1 di Stadium Mini MINDEF, Kuala Lumpur.

 Naib juara musim lalu, T-Team kendalian Tengku Hazman Raja Hassan turun satu anak tangga ke kedudukan kelima dengan empat mata selepas perlawanan menentang Perak telah diubah jadualnya ke Isnin ini, 13 Mac di Stadium Mini UPSI, Tanjung Malim.

 Satu lagi perlawanan menyaksikan Pahang bimbingan Fuz Zemi Ibrahim naik ke tangga keenam selepas berjaya meraih tiga mata pertama menewaskan Selangor 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh untuk skuad kendalian Omar Ali itu masih belum menang selepas tiga perlawanan apabila sekadar meraih dua mata di tangga kelapan.

 Saingan Piala Presiden 2017 akan berehat selama tiga minggu sebelum hari perlawanan keempat berlangsung pada Khamis, 30 Mac.

 

KEPUTUSAN PENUH PETANG TADI:

 

KUMPULAN A

 

TERENGGANU 2

Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali 31'

Muhammad Aliff Fitri Jefri 61'

KELANTAN 2

Muhamad Raihan Huzaizi 34'

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni 56'

 

KEDAH 1

Muhammad Akhyar Abdul Rashid 75'

JDT III 2

Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak 16'

Muhammad Hafiy Haikal Ismail 45+1'

 

SARAWAK 1

Mohammad Nur Aliff Kepli 54'

PULAU PINANG 1

Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid 90'

 

MELAKA 1

Muhamad Izzat Mohamad Sino 65'

PDRM 1

Christopher Bantin Limed 40'

 

UITM FC 1

Muhammad Syazwan Nor Azli 89'

FELDA UNITED 0

 

KUMPULAN B

 

PAHANG 1

Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir 10'

SELANGOR 0

 

SABAH 1

Fazriel Hanafi Stepanus 73'

NEGERI SEMBILAN 2

Sean Eugene Selvaraj 28' 51'

 

ATM 1

Mohd Fadzli Saidon 45+2'

PKNS FC 7

Muhammad Syahidan Rajak 5' 49' 75'

Muhammad Fitri Mohd Ismail 13' 16'

Muhammad Nur Iqmal Harun 52' 66'

 

PKNP FC 1

Mohamed Sabir Abdul Salim 71'

KUALA LUMPUR 0

 

ISNIN, 13 MAC 2017

 

PERAK lwn T-TEAM

Stadium Mini UPSI, Tanjung Malim, 4.45 petang