PIALA PRESIDEN: KEDAH RAMPAS TERAJU, REKOD T-TEAM LEBUR

2016-04-01 

Kedah merampas teraju Kumpulan A selepas dua pasukan teratas sebelum ini, Kelantan dan Negeri Sembilan terikat seri tatkala T-Team kekal mendahului Kumpulan B meskipun tewas pada perlawanan keempat Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Di Stadium Negeri, Kuching, Kedah kendalian Ian Gillan meraih tiga mata penting hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak untuk kini di tangga teratas Kumpulan A dengan 10 mata.

 Juara bertahan, Kelantan dan Negeri Sembilan turun ke tangga kedua dan ketiga selepas kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk berkongsi lapan mata.

 Felda United pula kekal di tangga keempat dengan lapan mata selepas terlepas peluang meraih tiga mata penuh apabila dua jaringan lewat Johor Darul Ta'zim III menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Mini USIM, Nilai.

 Perlis dan Terengganu pula melonjak ke tangga kelima dan keenam selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas ATM 4-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar dan UiTM FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, rekod kemenangan 100 peratus T-Team dalam tiga aksi sebelum ini lebur apabila skuad kendalian Nafuzi Zain itu tewas 2-0 kepada Melaka di Stadium Hang Tuah.

 Namun T-Team kekal di tangga teratas dengan sembilan mata selepas dua pencabar terdekat, PDRM sekadar seri 1-1 dengan Selangor di Padang SUK, Shah Alam manakala Sabah tewas 2-0 kepada Perak di Stadium Perak, Ipoh.

 Pulau Pinang berjaya melonjak ke tangga ketiga selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium UKM, Bangi tatkala PKNS FC turut naik ke tangga keenam selepas menewaskan Pahang 3-0 di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

 Perlawanan kelima akan berlangsung pada Khamis, 7 April 2016.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

KELANTAN 1

Nik Azli Nik Alias 27'

NEGERI SEMBILAN 1

Mohd Aiman Shakir Mohd Hashim (gs) 44'

 

TERENGGANU 2

Muhamad Azrean Abd Aziz 16' 33'

UITM FC 1

Nor Syarafuddin Nor Afandi 14'

 

FELDA UNITED 2

Alif Afham Mustakim Abdul Hisham 32'

Mohamad Hariz Kamarudin (gs) 45+3'

JOHOR DARUL TA'ZIM III 2

J Satrunan Pilli 89'

Mohamad Hariz Kamarudin 90+1'

 

SARAWAK 0

KEDAH 1

Muhammad Muzaimir Abdul Hadi 31'

 

PERLIS 4

Mohd Zulkifli Zakaria 8' 61'

Mohd Saifiuddin Salim (p) 54'

Mohd Ashraf Jamaludin 58'

ATM 0

 

KUMPULAN B

 

KUALA LUMPUR 0

PULAU PINANG 1

Mohamed Syamer Kutty Abba 14'

 

SELANGOR 1

Muhammad Faizzudin Mohd Abidin 72'

PDRM 1

Muhammad Farhan Ab Hamid 85'

 

PERAK 2

Muhammad Aiedil Shafiq Aznan 31'

E Paranitharan 67'

SABAH 0

 

PKNS FC 3

Mohd Ghazali Mohamed 5'

Mohd Yusri Farizat 29' 83'

PAHANG 0

 

MELAKA 2

Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi 6'

Muhammad Fakhri Mohd Zain 65'

T-TEAM 0