PIALA PRESIDEN: KELANTAN PINTAS KEDAH, T-TEAM KEKAL TERATAS

2016-04-08

Juara bertahan, Kelantan kembali merampas tangga teratas Kumpulan A daripada Kedah manakala T-Team kekal menerajui Kumpulan B selepas meraih kemenangan pada perlawanan kelima Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Kelantan kendalian Hashim Mustapha yang dipintas kedudukan teratas mereka oleh Kedah minggu lalu berjaya menewaskan lawan berkenaan 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk kembali teratas dengan 11 mata, satu mata mengatasi Kedah yang dibimbing Ian Gillan.

 Terengganu bimbingan jurulatih Roshadi Wahab berjaya melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ketiga kumpulan selepas menewaskan penghuni tangga ketiga sebelum ini, Negeri Sembilan 2-0 di Padang Merdeka, Port Dickson.

 Felda United kendalian Sazali Saidun pula kekal di tangga keempat selepas seri 0-0 dengan Perlis di Stadium UniMAP, Pauh Putra manakala Johor Darul Ta'zim III naik ke tangga keenam selepas menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

 Pasukan tercorot, ATM masih gagal mendapatkan mata sulung musim ini selepas tewas 4-3 kepada pasukan tangga kelapan, Sarawak di Stadium Mindef, Kuala Lumpur.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, T-Team kendalian Nafuzi Zain terus kekal di tangga teratas hasil kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu untuk kini mengumpul 12 mata.

 PDRM bimbingan Mohd Ishak Kunju Mohamad turut kekal di tangga kedua selepas berjaya menewaskan Sabah 1-0 di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur untuk mengumpul 11 mata.

 Perak berjaya melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga kumpulan menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka di Stadium Hang Tuah.

 Pahang pula berjaya keluar daripada kedudukan tercorot kumpulan selepas meraih kemenangan sulung dengan menewaskan pasukan tangga ketiga sebelum ini, Pulau Pinang 3-1 di Padang Majlis Daerah Rompin, Muadzam Shah.

 Kuala Lumpur dan Selangor sekadar seri 1-1 di Stadium UKM, Bangi untuk kedua-dua pasukan Lembah Klang itu kini di kedudukan terbawah kumpulan.

 Perlawanan keenam dijadual berlangsung pada Khamis, 14 April 2016.

 

FOTO KREDIT: Facebook T-Team FC

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

KEDAH 0

KELANTAN 1

Muhammad Azwan Aripin 77'

 

NEGERI SEMBILAN 0

TERENGGANU 2

Muhammad Aliff Fitri Jefri 67'

Muhamad Azrean Abd Aziz 75'

 

UITM FC 0

JOHOR DARUL TA'ZIM III 2

Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak 67'

Mohamad Shafiqee Fitri Nor Azman 90+1'

 

ATM 3

Dally Emong Anak Chrlie 45+1' 51'

Mohamad Faiz Shanol 81'

SARAWAK 4

Tommy Mawat 17' 90+3'

Syazani Zakaris 52'

Abdul Rahim Abdul Razak 57'

 

PERLIS 0

FELDA UNITED 0

 

KUMPULAN B

 

PAHANG 3

Mohd Zul Hafiz Zulkifli 4' 83'

Muhammad Hariz Irffan Mohd Nazri 34'

PULAU PINANG 1

Muhammad Nabil Ramlee 70'

 

KUALA LUMPUR 1

S Thipan Raj 30'

SELANGOR 1

Afiq Ahmad Razali 90'

 

PDRM 1

Muhammad Syahmi Syakir Salim 48'

SABAH 0

 

T-TEAM 2

Mohd Zarulizwan Mazlan 38'

Mohamad Azalinullah Muhamad Alias 45+2'

PKNS FC 1

Muhammad Asnan Awal Hisham 8'

 

MELAKA 0

PERAK 1

Muhammad Rizal Che Aziz 10'