PIALA PRESIDEN: NEGERI SEMBILAN, T-TEAM UNGGULI CARTA TERATAS

2016-03-11

Negeri Sembilan dan T-Team meneruskan rentak kemenangan pada hari kedua saingan Piala Presiden 2016, semalam selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk kekal menerajui tangga teratas Kumpulan A dan B.

 Di bawah kendalian jurulatih Ahmad Fairuz Mohd Yunus, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar untuk kini meraih enam mata maksimum selepas membelasah ATM 3-0 pada aksi sulung, 3 Mac lalu.

 T-Team di bawah bimbingan Nafuzi Zain turut berjaya mengekalkan rekod seratus peratus kemenangan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas mereka membelasah Kuala Lumpur 4-1 pada perlawanan pertama.

 Turut meraih kemenangan pada aksi kedua semalam ialah Felda United, Sarawak dan Kedah dalam Kumpulan A serta Pulau Pinang, Perak, PDRM dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

 Sementara itu, juara bertahan Kelantan kendalian Hashim Mustapa gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor Darul Ta’zim III di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

 Perlawanan ketiga akan berlangsung pada Isnin, 14 Mac.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

KELANTAN 0

JDT III 0

 

FELDA UNITED 1

Ahmad Qushairi Mustafa 80’

TERENGGANU 0

 

SARAWAK 4

Amirul Nizam Mahmud 14’

Nur Shamie Iszuan Amin 81’ 89’

Abdul Rahim Abdul Razak 84’

UITM FC 2

Naim Mukhtar 54’

Abednego Ujang 64’

 

PERLIS 0

NEGERI SEMBILAN 1

Zarul Aidiel Abdul Aziz 45+1’

 

ATM 0

KEDAH 2

Hidhir Idris 76’

Azryl Reza Zamri 88’ (p)

 

KUMPULAN B

 

PULAU PINANG 3

Syamer Kutty Abba 16’ 49’

Tunku Noor Hidayat Tunku Ishak 79’

SABAH 1

Ikhmal Akid Bahari 33’

 

PERAK 1

Shafiq Hashim 17’

SELANGOR 0

 

PKNS 0

PDRM 2

Syafiq Redzuan Pauzee 45’

Farhan Ab Hamid 72’

 

MELAKA 0

KUALA LUMPUR 1

Zulhilmi Haikal Zamrisham 58’

 

T-TEAM 1

Akram Asidi 5’

PAHANG 0