PIALA PRESIDEN: PAHANG, SELANGOR RAIH 6 MATA PINTAS KEDUDUKAN PDRM

2016-06-03

Carta Kumpulan B saingan Piala Presiden 2016 sedikit berubah selepas selesai empat perlawanan yang dipinda tarikhnya sebelum ini yang menyaksikan Pahang dan Selangor berjaya meraih enam mata untuk memintas kedudukan PDRM di tangga ketiga.

 Pahang kendalian Fuz Zemi Ibrahim berjaya meraih dua kemenangan berturut selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Bandaraya pada 23 Mei lalu dan menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang semalam.

 Selangor pula yang dibimbing Omar Ali turut beroleh enam mata maksimum selepas berjaya menundukkan Kuala Lumpur 2-0 pada 21 Mei dan mengatasi PKNS FC 2-1 pada 24 Mei lalu, kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium MP Selayang.

 Selepas mengambil kira keputusan empat perlawanan di atas, Pahang berjaya naik satu kedudukan ke tangga ketiga Kumpulan B dengan 23 mata diikuti Selangor yang turut naik satu kedudukan ke tangga keempat dengan 22 mata.

 PDRM yang sebelum ini menghuni tangga ketiga dengan 18 mata terpaksa turun dua kedudukan ke tangga kelima.

  Selepas 14 perlawanan, dua tangga teratas Kumpulan B masih kekal menjadi milik T-Team dan Perak yang berkongsi 28 mata tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

 Bagaimanapun Pahang dan Selangor masih kekurangan satu perlawanan dengan aksi menemukan kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Mei lalu telah dipinda ke 15 Ogos depan di Padang A, Muadzam Shah.

 Saingan Piala Presiden akan berehat panjang untuk memberi laluan kepada bulan Ramadan dan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak dengan perlawanan seterusnya iaitu perlawanan ke-15 akan berlangsung pada Khamis, 4 Ogos.

 

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN DIPINDA

 

KUMPULAN B

 

21 MEI 2016

SELANGOR 2

Muhammad Faizzudin Mohd Abidin 4'

Muhammad Syahmi Safari 54'

KUALA LUMPUR 0

 

23 MEI 2016

PULAU PINANG 0

PAHANG 2

Mohd Zul Hafiz Zulkifli 66'

Muhammad Shahrul Nizam Nadzir 83'

 

24 MEI 2016

SELANGOR 2

Muhammad Syahmi Safari 39'

Muhammad Amirul Syafieq Muhd Isa Sham 64'

PKNS FC 1

Muhammad Alif Haikal Mohd Sabri 78'

 

2 JUN 2016

SABAH 0

PAHANG 1

Mohd Zul Hafiz Zulkifli 16'