PIALA PRESIDEN: T-TEAM, NS MULA GARANG; JUARA BERTAHAN MENANG

2016-03-04

Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapa memulakan kempen Piala Presiden 2016 dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, petang semalam.

 Turut mencuri tumpuan, T-Team dan Negeri Sembilan yang mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing.

 T-Team kendalian bekas jurulatih Piala Presiden Kelantan, Nafuzi Zain mudah membelasah Kuala Lumpur 4-1 di Stadium UKM, Bangi manakala Negeri Sembilan bimbingan Ahmad Fairuz Mohd Yunus membenam ATM 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

 Tiga pasukan lain turut berjaya meraih tiga mata penuh pada perlawanan sulung dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) III menewaskan Sarawak 1-0, Perlis menewaskan UiTM FC 3-1 manakala Sabah menewaskan PKNS FC 2-1.

 Sementara itu, empat lagi baki perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.

 Perlawanan kedua akan berlangsung pada Khamis, 10 Mac.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

TERENGGANU 0

KELANTAN 1

Azwan Aripin 52’

 

JOHOR DARUL TA’ZIM III 1

Fathur Danish Abd Rahman 9'

SARAWAK 0

 

UiTM FC 1

Wan Mohamad Fatah Wan Ali 72’

PERLIS 3

Shafiq Al Hafiz Dawawi 1’

Zulkifli Zakaria 14’ 77’

 

NEGERI SEMBILAN 3

Hamzah Ahmad 20’

Asraf Roslan 23’

Zarul Aidiel Abdul Aziz 33’

ATM 0

 

KEDAH 1

Som Keat Praseart 58’

FELDA UNITED 1

Ali Imran Alimi 62’

 

KUMPULAN B

 

SELANGOR 3

Zulfahamzie Tarmizi 42’ 90+1’

K Sarkunan 77’

PULAU PINANG 3

Junaidi Shafiai 41’

Jafri Firdaus Chew 59’ 63’

 

SABAH 2

Rahman Shah Marajeh 2’

Saliun Mastar 24’

PKNS FC 1

Alif Haikal Mohd Sabri 37’

 

PDRM 1

Farhan Ab Hamid 15’

MELAKA 1

Shamerul Abd Aziz 45+3’

 

KUALA LUMPUR 1

Salihan Jamil 84’

T-TEAM 4

Aqil Irfanuddin Sabri 10’

Naqib Najwan Saufi 66’

Akram Asidi 68’ 85’

 

PAHANG 0

PERAK 0