Juara Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 bagi kategori lelaki, Felda United FC dan kategori wanita, Selangor berjaya melangkah ke final Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 selepas menyingkirkan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir.
Di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam semalam, pasukan lelaki Felda United menewaskan Kuala Lumpur MK 5-4 untuk menempah tempat ke final menentang Selangor, malam ini.
Selangor layak ke final selepas menewaskan Perak menerusi kemenangan percuma 3-0 selepas lawan enggan meneruskan permainan.
Bagi kategori wanita, Selangor mara ke final selepas menewaskan Felda United 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan masa penuh permainan terikat 0-0.
MPSJ menanti Selangor di final selepas berjaya menewaskan Sabah 1-0 pada satu lagi aksi separuh akhir, semalam.
KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR, SEMALAM (11 JUN)
LELAKI
FELDA UNITED FC 5
Abu Hanifa Hasan m-5,
Saiful Nizam Ali m-6,
Akmal Yazadh Amri m-11,
Azri Rahman m-19,
Ahmad Fawzul Hadzir m-33
KUALA LUMPUR MK 4
Hafiz Roslan m-23 & m-28,
Shahnuriman Hamid m-24,
Ridhwan Zainal m-29
PERAK 0
SELANGOR 3
Selangor diberi kemenangan percuma 3-0 kerana pasukan Perak enggan meneruskan permainan
WANITA
SELANGOR 0
FELDA UNITED FC 0
Selangor menang penalti 4-3
SABAH 0
MPSJ FC 1
Nur Shazreen Munazli m-17
JADUAL PERLAWANAN AKHIR, HARI INI (12 JUN)
4.00 PM: SELANGOR lwn MPSJ FC (WANITA)
8.00 PM: FELDA UNITED FC lwn SELANGOR (LELAKI)
J Category:
article/futsal