PREVIU KEJUARAAN B-19 AFC 2018

2018-10-20

Setelah 12 tahun segala usaha dan kerja keras, akhirnya skuad B-19 Malaysia kembali ke arena pertandingan remaja terbesar di benua Asia iaitu Kejuaraan B-19 AFC 2018 yang akan dianjurkan oleh Indonesia pada tahun ini.

Kali terakhir Malaysia layak ke pertandingan dwitahunan ini ialah pada tahun 2006, di mana ketika itu ia dikenali sebagai Kejohanan Remaja AFC – skuad B-19 negara ketika itu kendalian Datuk K Rajagobal yang dibarisi pemain-pemain seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Bunyamin Umar dan lain-lain, pastinya ingin melupakan kempen tersebut apabila mereka ditunjukkan jalan keluar seawal peringkat kumpulan setelah mengalami tiga kekalahan berturut-turut kepada Vietnam (1-2), Arab Saudi (0-2) dan Iraq (0-3).

Skuad B-19 kebangsaan layak ke edisi Kejuaraan B-19 AFC pada tahun ini sebagai salah satu pasukan kedua terbaik di dalam pusingan kelayakan tahun lepas apabila berjaya menumpaskan pasukan Timor Leste 3-1, Brunei 1-0 dan Indonesia 4-1 sebelum tewas kepada pasukan Korea Selatan 0-3.

Untuk edisi kali ini, skuad B-19 kebangsaan diundi di dalam Kumpulan D, dan akan menentang Arab Saudi di Stadium Patriot, Bekasi pada 20 Oktober diikuti perlawanan menentang Tajikistan pada 23 Oktober di venue yang sama dan perlawanan menentang China di Stadium Pakansari, Bogor pada 26 Oktober 2018.

Persiapan skuad B-19 kebangsaan bermula pada awal tahun ini apabila mereka berkunjung ke Thailand untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Pada perlawanan pertama di sana, skuad remaja negara tumpas 0-2 kepada pasukan B-19 Thailand. Pada perlawanan kedua, mereka mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang pasukan kelab bertaraf semi-professional, Assumption FC dan seterusnya melengkapkan kunjungan ke Thailand dengan kekalahan 0-2 kepada Chonburi FC.

Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan di Thailand, skuad negara terbang pula ke Indonesia untuk menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2018 di mana mereka dinobatkan sebagai Juara Asia Tenggara. Di dalam perlawanan peringkat kumpulan, mereka menewaskan Kemboja 2-0, Brunei 2-0, Myanmar 1-0 dan seri dengan Timor Leste 1-1, sebelum menumbangkan tuan rumah, Indonesia di peringkat separuh akhir dengan kemenangan 3-2 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa sebenar. Kejuaraan menjadi milik Malaysia apabila berjaya menumpaskan Myanmar dalam perlawanan akhir penuh dramatik yang berkesudahan dengan keputusan 4-3.

Sekembalinya di tanah air, pasukan kebangsaan melayan kunjungan Juara Liga Super India 2018, Chennaiyin FC di Kuala Lumpur dalam satu perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan seri 0-0.

Skuad bimbingan jurulatih yang berasal dari Croatia, Bojan Hodak ini kemudian meningkatkan intensiti persiapan mereka apabila bertandang ke Oman pada bulan lepas untuk menguji pasukan dalam 3 perlawanan persahabatan di sana. Skuad kendalian Bojan Hodak tumpas 0-4 kepada Suwaiq Club dan 0-1 ke atas Muscat Club dan berjaya mencatatkan satu kemenangan menumpaskan Oman Club 2-0.

Awal bulan ini, skuad B-19 negara berkunjung ke Doha untuk satu sesi perlawanan antarabangsa menentang skuad Qatar B-19 di mana mereka tewas 1-3, dan sebelum kejohanan di Indonesia bermula, mereka melengkapkan persiapan di tanah air dengan dua perlawanan menentang UAE B-19. Keputusan seri 1-1 dan tumpas 0-2 dicatat skuad negara.

“Kita mencari pasukan lawan yang hebat dan kita bermain semua perlawanan yang sukar ini. Untuk meningkatkan prestasi pasukan, kita memerlukan beberapa perlawanan yang sukar ini kerana lawan kita nanti, Arab Saudi, China dan Tajikistan merupakan lawan yang sukar dan bermain secara fizikal.”

Mengenai persiapan pasukan, Bojan berkata, “Secara taktikalnya, kita kini berada di dalam bentuk taktikal yang lebih baik berbanding semasa sesi pusingan kelayakan di Korea Selatan tahun lepas. Saya rasa kita nampak kekuatan sebenar skuad negara setelah melalui beberapa perlawanan persahabatan yang kompetitif sepanjang tahun ini.”

“Perkara utama bagi kita adalah untuk mengurangkan sebarang kesilapan untuk menyukarkan pihak lawan terutama pasukan-pasukan pilihan. Kita perlu menajamkan lagi penyudah kita. Kita juga perlu menggunakan segala peluang dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang. Segala kesilapan teknikal dan kesilapan-kesilapan mudah harus dielakkan kerana di peringkat antarabangsa, segala kesilapan ini akan menghukum pasukan,” tambah pengendali dari Croatia itu.

Kejohanan ini dihangatkan lagi dengan kesemua 16 pasukan mengintai peluang sekurang-sekurangnya mara ke peringkat separuh akhir, di mana kesemua 4 pasukan di peringkat separuh akhir bakal mengisi slot Asia ke kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 di Poland pada tahun depan.

Peluang terbaik skuad B-19 Malaysia mara ke Piala Dunia hadir pada tahun 2004, di mana Malaysia sebagai tuan rumah tewas 0-3 kepada China di peringkat suku akhir setelah mara daripada peringkat kumpulan dengan menewaskan Vietnam 1-0, Nepal 3-0 dan tumbang kepada Jepun 3-0.

Walaupun mengetahui apa yang dipertaruhkan dalam kejohanan ini, namun Bojan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memilih untuk fokus dalam satu-satu perlawanan.

“Untuk layak ke kejohanan ini sangat menakjubkan namun kita akan meningkatkan permainan kita ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, kita akan pergi ke Indonesia dan fokus kepada satu-satu perlawanan,” katanya.

 

2018 AFC U-19 CHAMPIONSHIP PREVIEW

2018-10-19

After 12 long years of struggle and hard work, the Malaysia U-19 squad finally makes their return to the biggest continental competition, the AFC U-19 Championship which will be hosted by Indonesia this year.

Malaysia last qualified for the biennial tournament back in 2006, then known as the AFC Youth Championship – a campaign to forget for the U-19 side then led by Datuk K Rajagobal which included the likes of Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Bunyamin Umar among others, as they crashed out in the group stages after three consecutive defeats to Vietnam (1-2), Saudi Arabia (0-2) and Iraq (0-3).

The national U-19 squad qualified for this year’s edition of the AFC U-19 Championship as one of the best second-placed teams after defeating Timor Leste 3-1, Brunei 1-0 and Indonesia 4-1 before losing to South Korea 0-3 in the qualifying phase last year. 

For this edition, the national U-19 boys who were drawn into Group D, will take on Saudi Arabia at the Patriot Stadium, Bekasi on 20th October followed by matches against Tajikistan on 23rd October at the same venue and against China PR at the Pakansari Stadium, Bogor on 26th October 2018.

Their preparations earlier this year began when the U-19 squad travelled to Thailand for a series of test matches. The boys lost 0-2 to Thailand U-19 in their first match there. They then drew with Thailand semi-professional club, Assumption FC 0-0 in their second game before rounding up their Thailand tour with a 0-2 defeat to Chonburi FC.

The national U-19 squad then next embarked on their journey to Indonesia for the 2018 AFF U-19 Championship in Indonesia where they were crowned Champions of ASEAN. They defeated Cambodia 2-0, Brunei DS 2-0, Myanmar 1-0 and drew with Timor Leste 1-1 in the group stage before knocking hosts, Indonesia out in the semi-final, winning 3-2 on penalties (1-1 after regular time) and clinching the title with a dramatic 4-3 win over Myanmar in the final.   

The team then welcomed 2018 India Super League Champions, Chennaiyin FC to KL for a friendly match which resulted in a 0-0 draw.

The squad, under the tutelage of Croatian international, Bojan Hodak, then stepped up the intensity of their preparations by travelling to Oman for three friendly matches last month. There, Bojan Hodak’s boys lost 0-4 to Suwaiq Club and 0-1 Muscat Club while beating Oman Club 2-0.

Earlier this month, the national U-19 squad travelled to Doha for an international match with Qatar U-19 which they lost 1-3 and right before the tournament, they played UAE U-19 twice on home soil. The results were a 1-1 draw and a 0-2 defeat.

“We were looking for tough opponents, and we play all these tough matches. We need to improve to play the tough matches but we need matches like these because our opponents, Saudi Arabia, China and Tajikistan are tough opponents and physically dominating.

Speaking in terms of the team’s preparation, Bojan said, “Tactically, we are in better shape than we were in the qualification phase in Korea last year. I think we saw our real strengths in the competitive matches we played in this year.”

“The main thing for us is to try and minimize our mistakes in order to make life difficult for some of the favourites. We need to work on our finishing slightly. We need to make good use of our chances, finish the half chances. Cut down on technical mistakes and making silly mistakes because in international level, they will punish you,” added the Croatian.

The competition is also expected to heat up with four Asian slots for the FIFA U-20 World Cup in Poland next year up for grabs as well, which means all 16 participating nations will have their eyes firmly fixed on at least a semi-finals spot. 

The closest the Malaysia U-19 team got to the semi-final was back in 2004 when the then-hosts, Malaysia lost 0-3 in the quarterfinal to China 0-3 after progressing from the group stage, beating Vietnam 1-0, Nepal 3-0 and succumbing to a 0-3 defeat to Japan.

While Bojan knows what is at stake, he is also playing down expectations put on the national U-19 squad, choosing to focus on one match at a time.

“To qualify for the tournament is terrific but now we will try to take our game to the next level. So, we will go to Indonesia and take each match one at a time,” he said.