Razip panggil 6 pemain Piala Presiden sertai pemilihan Harimau Muda B

Berikut senarai enam pemain dari skuad Piala Presiden Felda United FC, Pahang, Selangor dan Sime Darby FC yang dipanggil menyertai sesi latihan dan pemilihan bersama skuad Harimau Muda B di Wisma FAM, Kelana Jaya selama sembilan hari dari 6 Julai hingga 14 Julai 2015.

NO

NAMA

UMUR

KELAB

1

MOHAMAD MOHD FAUDZI

19

FELDA UNITED FC

2

MUHAMMAD NAQIB NAJWAN

19

FELDA UNITED FC

3

MOHD FAIZAL ABDUL RANI

21

PAHANG

4

ZHAFRI YAHYA

21

SELANGOR

5

MOHD AKMAL MD ZAHIR

21

SIME DARBY FC

6

FAIZ HANIF ADNAN

19

SIME DARBY FC

Ia sebagai persiapan awal jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail untuk menilai dan mengenalpasti pemain bagi menghadapi kejohanan jemputan B-21, Piala Newspaper 2015 yang bakal berlangsung di Vietnam dari 20 hingga 30 November 2015.

 

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA B, RAZIP ISMAIL

“Saya panggil enam pemain ini untuk menilai prestasi bakat-bakat baharu dari luar kerana untuk ke Piala Newspaper nanti, saya hanya boleh menyenaraikan pemain-pemain berusia 21 tahun dan ke bawah. Ini kerana dalam skuad Harimau Muda B ketika ini, terdapat enam pemain yang berusia 22 tahun dan mereka tidak boleh saya bawa ke Piala Newspaper.

 “Jadi dari semasa ke semasa, saya akan cuba memberi peluang dan ruang kepada pemain-pemain luar ini atau yang lain untuk dipanggil lagi berlatih bersama supaya saya ada kelompok pemain berusia 21 tahun dan ke bawah untuk ke Piala Newspaper. Tapi ia bergantung kepada ruang masa yang ada kerana komitmen kami dalam saingan Liga Singapura (Liga-S) 2015.

 “Pada masa sama juga, ketika ini seramai 14 pemain Harimau Muda B berada di Gwangju, Korea Selatan untuk membarisi skuad Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 dan mereka hanya akan akan pulang ke tanah air, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

 “Jadi hanya 13 pemain Harimau Muda B ketika ini menjalani latihan harian di Wisma FAM. Dengan kehadiran enam pemain luar ini untuk sesi latihan bermula Isnin ini ( 6 Julai), dapatlah saya mempunyai cukup pemain untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan bertemu pasukan dari Liga FAM pada 10 dan 13 Julai dan pada masa sama menguji enam pemain berkenaan.

 “Saingan Liga Singapura pula bakal bersambung pada 24 Julai ini dan kami akan mula kembali berlatih pada hari raya ketiga (19 Julai). Mujur perlawanan liga kami yang sepatutnya pada 20 Julai ditunda penganjur dan ia memberi ruang kepada kami untuk membuat persiapan kerana pemain yang pulang dari Gwangju memerlukan rehat beberapa hari.”

J Category: 
uncategorised8