SARAWAK TERAKHIR KE SUKU AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2015

2015-11-22

Sarawak menjadi pasukan terakhir berjaya layak ke suku akhir TM Piala Malaysia 2015 selepas mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
 
Keputusan itu menyaksikan ATM kempunan untuk bergelar naib juara Kumpulan B meskipun mereka berjaya menewaskan Perak 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
Selepas berakhir enam perlawanan, JDT muncul juara Kumpulan B dengan mengumpul 16 mata diikuti Sarawak 8 mata, ATM 7 mata dan Perak 3 mata.
 
Maka lengkap empat pertembungan suku akhir membabitkan lapan pasukan iaitu Pahang lwn Lions XII, Felda United lwn JDT, Sarawak lwn Selangor dan Kedah lwn PKNS FC pada 24 dan 28 November ini.
 
Bagi separuh akhir, pemenang Pahang lwn Lions XII akan bertemu pemenang Sarawak lwn Selangor manakala pemenang Felda United lwn JDT akan bertemu pemenang Kedah lwn PKNS FC pada 2 dan 6 Disember ini.
 
Final TM Piala Malaysia 2015 dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 12 Disember ini.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
JDT 1
Amirul Hadi Zainal m-37
SARAWAK 1
Patrick Nyema Gerhardt m-48
 
ATM 4

Mario Karlovic m-12 & m-59,
Norfazly Alias m-32,
Abdulafees Abdulsalam m-36
PERAK 3
Khairul Anuar m-45,
Charles Souza Chad m-63 (p) & m-88
 
 
JADUAL SUKU AKHIR PERTAMA (SELASA, 24 NOVEMBER)
 
Pahang lwn Lions XII
Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 mlm
 
Felda United lwn JDT
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm
 
Sarawak lwn Selangor
Stadium Negeri, Kuching, 8.45 mlm
 
Kedah lwn PKNS FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar, 8.45 mlm
 
 
JADUAL SUKU AKHIR KEDUA (SABTU, 28 NOVEMBER)
 
Lions XII lwn Pahang
Stadium Jalan Besar, Singapura, 7.45 mlm
 
JDT lwn Felda United
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 8.45 mlm
 
Selangor lwn Sarawak
Stadium Shah Alam, 8.45 mlm
 
PKNS FC lwn Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm

J Category: 
latest news