SELANGOR JUARA TM PIALA MALAYSIA 2015

2015-12-13

Selangor kendalian Mehmet Durakovic muncul juara TM Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan juara Liga Premier, Kedah bimbingan Tan Cheng Hoe dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 
 Kedua-dua gol Selangor dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-4 dan minit ke-48 untuk pemain berasal dari Labuan berusia 24 tahun itu turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
 
 Dengan kejayaan itu, Selangor berjaya menebus kekalahan 3-2 kepada Kedah pada final 2008 dan pada masa sama menamatkan penantian 10 tahun untuk meraih kejuaraan kali ke-33 selepas terakhir melakukannya dengan menewaskan Perlis 3-0 pada final 2005.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
SELANGOR 2
Ahmad Hazwan Bakri m-4 & m-48
KEDAH 0

 

 

 

J Category: 
article/latest-news