Dua pasukan Malaysia yang bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor dan Kelantan mengalami nasib yang berbeza pada perlawanan kelima kumpulan masing-masing, Selasa malam.
Selangor terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum mencatat keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan kelab India, Kingfisher East Bengal FC, dalam saingan Kumpulan H di Stadium Shah Alam manakala Kelantan dimalukan wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation, dengan kekalahan 1-6 di tempat lawan.
Di Shah Alam, skuad Gergasi Merah jelas mempamer aksi hambar pada awal permainan sehingga membuka peluang kepada pasukan pelawat melakukan beberapa percubaan berbahaya.
J Category:
article/latest-news