2018-10-18
Berikut senarai 14 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk berlepas ke Bangkok, Thailand hari ini bagi menghadapi kejohanan jemputan, PTT Thailand Five 2018 yang akan berlangsung dari 20 hingga 23 Oktober 2018 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ABU HANIFFA HASAN |
27 |
MELAKA |
2. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
31 |
MELAKA |
3. |
SAIFUL AULA AHMAD |
26 |
MELAKA |
4. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
31 |
MELAKA |
5. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
27 |
MELAKA |
6. |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
24 |
MELAKA |
7. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
26 |
MELAKA |
8. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
21 |
PERAK |
9. |
MOHD AWALLUDIN MAT NAWI |
20 |
PERAK |
10. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
24 |
PERAK |
11. |
MUHAMMAD SHAMAR FADZIL |
25 |
PERAK |
12. |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
27 |
KUANTAN RANGERS |
13. |
MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH |
27 |
KUANTAN RANGERS |
14. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
22 |
SELANGOR UNITED MPSJ |
Kejohanan ini disertai empat pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Malaysia, Uzbekistan dan England.
Bagi hari pertama kejohanan pada Sabtu 20 Oktober, Malaysia akan bertemu Uzbekistan pada jam 1.45 petang (waktu Thailand) diikuti tuan rumah, Thailand menentang England pada jam 4.15 petang.
Hari kedua kejohanan pada Ahad 21 Oktober, Uzbekistan bakal berdepan England pada jam 1.45 petang diikuti Thailand menentang Malaysia pada jam 4.15 petang.
Selepas rehat sehari pada Isnin 22 Oktober, saingan hari ketiga dan terakhir akan bersambung pada Selasa 23 Oktober dengan England bertemu Malaysia pada jam 3.45 petang diikuti Thailand berdepan Uzbekistan pada jam 6.15 petang.
Pemenang akan ditentukan menerusi jumlah mata tertinggi yang dikumpul setiap pasukan selepas masing-masing beraksi tiga perlawanan secara liga sepusingan itu.
Selepas pulang ke tanah air pada 24 Oktober, skuad futsal kebangsaan akan meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi persediaan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, Indonesia dari 5 hingga 11 November 2018.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Myanmar dan Kemboja manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Vietnam, Brunei dan Timor-Leste.
Malaysia akan memulakan kempen bertemu Kemboja pada 5 November, Indonesia pada 6 November dan Myanmar pada 7 November. Aksi separuh akhir pada 9 November manakala final pada 11 November 2018.
Pada Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City, Vietnam, skuad futsal kebangsaan yang turut dikendalikan Chun Yong telah muncul sebagai naib juara selepas tewas 4-3 (masa tambahan) kepada juara bertahan, Thailand.