SENARAI 14 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN FUTSAL AFC 2016

2016-02-03

Berikut senarai 14 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa bagi menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dari 10 hingga 21 Februari 2016.

 

NAMA

UMUR

PASUKAN

1

AHMAD FAWZUL HADZIR

29

FELDA UNITED

2

SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI

25

FELDA UNITED

3

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

29

FELDA UNITED

4

MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM

28

FELDA UNITED

5

MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI

27

FELDA UNITED

6

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

22

FELDA UNITED

7

MOHD FIRDAUS AMBIAH

25

FELDA UNITED

8

AMAR ASHRAF ABU BAKAR

28

KEDAH

9

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

20

MPSJ

10

MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL

22

MPSJ

11

MOHD FIRDAUS RAZALI

32

MPSJ

12

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

29

SELANGOR

13

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

25

PAHANG

14

MUHAMMAD ADDLI CHE HUSIN

26

MELAKA

 

Daripada senarai awal 17 pemain yang beraksi pada lima aksi persabahatan di Bangkok dan Ho Chi Minh baru-baru ini, seramai tiga pemain telah digugurkan iaitu; Mohd Afiq Abdul Rahman (Pahang), Mohd Iftitah Ahmad (Sabah) dan Mohd Ridzwan Bakri (Sabah).  

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Jepun; naib juara Kejuaraan Futsal AFF 2015, Australia serta Qatar dan bakal memulakan kempen berdepan Australia (11 Februari) diikuti aksi bertemu Jepun (13 Februari) dan Qatar (15 Februari).

Jika berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan D, Malaysia bakal berdepan wakil dari Kumpulan C yang dibarisi juara 11 kali Kejuaraan Futsal AFF, Thailand, naib juara Kejuaraan AFF Futsal 2012, Vietnam, Taiwan dan Tajikistan di pusingan suku akhir.

Skuad kebangsaan dijadual bakal berlepas ke Uzbekistan pada Jumaat ini (5 Februari) dan bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan bertemu pasukan kebangsaan bawah-23 tahun Uzbekistan (6 Februari) dan Iraq (7 Februari).

Berikut jadual penuh aksi Kumpulan D Kejuaraan Futsal AFC 2016:

 

KHAMIS (11 FEBRUARI 2016)

Jepun lawan Qatar - 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)

Australia lawan MALAYSIA - 7.00 malam (Waktu Malaysia 10.00 malam)

 

SABTU (13 FEBRUARI 2016)

MALAYSIA lawan Jepun - 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)

Qatar lawan Australia - 7.00 malam (Waktu Malaysia 10.00 malam)

 

ISNIN (15 FEBRUARI 2016)

Jepun lawan Australia - 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)

MALAYSIA lawan Qatar - 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA, MARCELO SERPA

“Saya telah memilih 14 pemain ini kerana bagi pendapat saya, komposisi ini adalah yang terbaik buat corak permainan pasukan kita untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFC kelak.

“Secara kesuluruhannya, saya berpuas hati dengan pilihan saya di mana pemain-pemain telah menunjukkan kesungguhan sepanjang empat minggu latihan pusat dan lima perlawanan persahabatan ini untuk menunjukkan peningkatan prestasi sepasukan.

“Saya berharap minggu terakhir latihan pusat & dua lagi perlawanan persahabatan yang kita akan hadapi di Uzbekistan menentang pasukan Uzbekistan bawah-23 tahun (6 Februari) dan Iraq (7 Februari) mencukupi untuk mempersiapkan pasukan bagi kejohanan ini.

“Kumpulan D adalah kumpulan yang sukar buat kita dan aksi pertama menentang Australia (11 Februari) adalah umpama final dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan kerana keyakinan pasukan semestinya akan meningkat untuk pergi lebih jauh lagi.