SENARAI 16 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN BERMULA 20 DISEMBER 2016

2016-12-06

Berikut senarai 16 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 4 bagi skuad futsal lelaki kebangsaan bermula 20 Disember ini.

 Ia sebagai persiapan terakhir skuad futsal Harimau Malaysia bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Thailand dari 21 hingga 30 Januari 2017. Kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada November lalu itu ditunda berikutan kemangkatan Raja Thailand.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASSAN

25

SELANGOR

2.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

29

SELANGOR

3.

SAIFUL AULA AHMAD

24

SELANGOR

4.

MOHAMAD FADZIL AB KARNIM

29

SELANGOR

5.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

28

SELANGOR

6.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

29

FELDA UNITED

7.

SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI

25

FELDA UNITED

8.

MOHD AZWANN ISMAIL

24

FELDA UNITED

9.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

22

FELDA UNITED

10.

ABU HANIFFA HASSAN

25

FELDA UNITED

11.

MOHD FIRDAUS RAZALI

32

MPSJ

12.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

20

MPSJ

13.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

19

MPSJ

14.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

17

SSBJ

15.

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

25

PAHANG

16.

MOHD RIDZWAN BAKRI

22

SABAH

 

Daripada senarai 16 pemain di atas, hanya dua muka baharu diserapkan Chun Yong untuk kem latihan pusat kali ini iaitu Abu Haniffa Hassan dari Felda United dan Nik Akif Syahiran Nik Mat, pemain berusia 17 tahun yang membantu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai kejohanan bola sepak Piala Belia 2016.

Para pemain akan melapor diri pada 20 Disember ini untuk menghadiri Perhimpunan Atlet Sukan SEA 2017 anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) selama dua hari di ibu negara sebelum mula turun menjalani latihan di KSL Sports Puchong pada 22 Disember.

Skuad futsal Harimau Malaysia dijadual berlepas awal ke Bangkok pada 15 Januari 2017 untuk siri beberapa perlawanan persahabatan sebelum kejohanan bermula.

Pada Kejuaraan Futsal AFF 2016 itu nanti, Malaysia akan berada dalam Kumpulan B bersama Singapura, Indonesia, Laos dan Myanmar manakala Kumpulan A pula hanya menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Vietnam, Brunei dan Timor-Leste.

 

KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN, CHIEW CHUN YONG

“Untuk kem latihan pusat kali ini, saya memanggil dua pemain yang tiada dalam kem Fasa 2 dan Fasa 3 sebelum ini iaitu Abu Haniffa dan Nik Akif.

 “Bagaimanapun saya mungkin terpaksa mencari seorang lagi pemain muda jika Nik Akif perlu melapor diri awal dengan pasukan bola sepak Piala Belia FELDA United FC untuk persiapan musim 2017.

“Saya juga tidak dapat menyenaraikan Shamsul Akmar Zamri (MPSJ) bagi kejohanan kali ini kerana dia meminta untuk diberi pelepasan atas sebab-sebab peribadi dan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Jadi sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi aksi sebenar Kejuaraan Futsal AFF 2016, saya telah merancang untuk pasukan kita pergi ke Bangkok lebih awal bagi mengadakan tiga perlawanan persahabatan iaitu dua perlawanan bertemu kelab Thailand, Nonthaburi FC dan bertemu Bangkok FC atau Royal Thai Navy serta satu lagi perlawanan bertemu pasukan kebangsaan."