SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN BAGI MENGHADAPI KEJUARAAN FUTSAL AFF 2017 DI VIETNAM

2017-09-19

Berikut senarai 18 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 22 September ini bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 26 Oktober hingga 3 November 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

ABU HANIFFA HASAN

26

MELAKA

2.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASAN

26

MELAKA

3.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

30

MELAKA

4.

SAIFUL AULA AHMAD

25

MELAKA

5.

MOHD FIRDAUS RAZALI

33

MELAKA

6.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

26

MELAKA

7.

YAZID KAMARUZUAN

25

MELAKA

8.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

30

FELDA UNITED

9.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

23

FELDA UNITED

10.

MOHD AZWANN ISMAIL

25

FELDA UNITED

11.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

21

FELDA UNITED

12.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

26

PAHANG

13.

MOHD RIDZWAN BAKRI

23

PAHANG

14.

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

26

PAHANG

15.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

20

PERAK

16.

MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

19

PERAK

17.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

26

KL CITY

18.

HAZIZI MANSOR

24

KL CITY

 

 Chun Yong mengekalkan 15 daripada 16 pemain dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu. Hanya seorang pemain digugurkan iaitu Mohd Firdaus Ambiah (Melaka).

 Bagi melengkapkan senarai 18 pemain untuk kem latihan pusat kali ini, Chun Yong memanggil Saiful Nizam Mohd Ali (Melaka), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) dan Hazizi Mansor (KL City).

 Sementara lima pemain di bawah ini pula berada dalam senarai bersedia jika terdapat mana-mana pemain daripada senarai 18 pemain di atas mengalami kecederaan:

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

20

FELDA UNITED

2.

NUR HAZIM SULEIMAN

19

PERAK

3.

MOHD FIRDAUS AMBIAH

26

MELAKA

4.

ISKANDAR HARUN

17

SARAWAK

5.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

17

KUANTAN RANGERS

 

 Pada Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City itu nanti, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen bertemu Timor-Leste pada 26 Oktober diikuti Laos (27 Oktober) dan juara bertahan, Thailand (28 Oktober). Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia. Undian semula dibuat selepas penarikan diri pasukan Australia.

 Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 1 November, sekali gus mengisi empat slot ASEAN ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei, Februari depan.  Aksi final dijadual pada 3 November 2017.

 Kejuaraan Futsal AFF 2016 yang berlangsung lewat pada 23 hingga 29 Januari lalu di Bangkok, Thailand tanpa disertai Australia, Vietnam dan Filipina menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tangga ketiga selepas muncul naib juara Kumpulan B di belakang Myanmar, tewas 5-3 kepada Thailand pada separuh akhir dan menewaskan Timor-Leste 8-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat. Thailand muncul juara selepas menewaskan Myanmar 8-1 pada aksi final.