
2017-04-29
Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 skuad futsal lelaki Malaysia bagi tahun 2017 bermula 26 Mei ini hingga 23 Jun depan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ia sebagai persiapan awal skuad futsal Harimau Malaya itu bagi menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos depan.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ABU HANIFFA HASSAN |
26 |
MELAKA |
2. |
MUHAMMAD AWALUDDIN HASSAN |
26 |
MELAKA |
3. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
30 |
MELAKA |
4. |
SAIFUL AULA AHMAD |
25 |
MELAKA |
5. |
MOHD FIRDAUS RAZALI |
33 |
MELAKA |
6. |
SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI |
26 |
MELAKA |
7. |
YAZID KAMARUZUAN |
25 |
MELAKA |
8. |
MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI |
20 |
FELDA UNITED |
9. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
30 |
FELDA UNITED |
10. |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
23 |
FELDA UNITED |
11. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
25 |
FELDA UNITED |
12. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
21 |
FELDA UNITED |
13. |
MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI |
26 |
PAHANG |
14. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
23 |
PAHANG |
15. |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
26 |
PAHANG |
16. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
20 |
PERAK |
17. |
MOHD AWALLUDIN MAT NAWI |
19 |
PERAK |
18. |
MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH |
26 |
KL CITY FC |
Seramai 14 daripada 18 pemain yang dipanggil pada kem Fasa 2, Mac lalu telah dikekalkan Chun Yong dengan empat pemain digugurkan iaitu penjaga gol Muhammad Asyraf Borhanuddin (KL Petaling Putra), Muhamad Arif Johan Johari (Kuala Lumpur TPD), Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul (Kelantan) dan Mohd Firdaus Ambiah (Melaka).
Sebagai ganti, dua pemain yang tidak hadir pada kem Fasa 2 kerana kecederaan iaitu penjaga gol Mohd Firdaus Razali (Melaka) dan Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak) kembali dipanggil bersama-sama dua pemain Pahang iaitu Mohd Ridzwan Bakri yang diketepikan pada kem Fasa 2 kerana melangsungkan perkahwinan dan Muhammad Shamsul Akmar Zamri yang pernah bersama skuad kebangsaan sebelum ini.
Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu jika terdapat mana-mana pemain dari senarai di atas mengalami kecederaan iaitu Muhd Amirul Sugito (KL Petaling Putra), Shah Azman Ekmal Saleh (KL Petaling Putra), Mohd Firdaus Ambiah (Melaka), Muhammad Saad Sani (Melaka), Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul (Kelantan) dan Nur Hazim Suleiman (Perak).
KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN, CHIEW CHUN YONG
“Selepas saingan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 berakhir hujung minggu hadapan, kem latihan pusat Fasa 3 selama empat minggu sepanjang bulan Ramadan ini penting bagi memastikan para pemain terus dapat mengekalkan tahap kecergasan mereka.
“Selain akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan, kita juga merancang untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa dengan jemputan sudah pun dihantar kepada beberapa pasukan kebangsaan dari Asia dan kita masih menanti jawapan.
“Untuk kem latihan Fasa 3 ini, saya kembali menyenaraikan tiga pemain yang beraksi pada Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Januari lalu iaitu penjaga gol Mohd Firdaus Razali, Mohd Awalludin Mat Nawi dan Mohd Ridzwan Bakri selepas saya terpaksa mengetepikan mereka pada kem latihan Fasa 2 sebelum ini kerana kecederaan dan perkahwinan.”