SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 3 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 18 JANUARI 2017

2017-01-10

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 18 Januari ini (Rabu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun ini.

 

BIL.

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

24

MPSJ FC

2.

FATIN SHAHIDA AZMI

26

MPSJ FC

3.

STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH

29

MPSJ FC

4.

NAZIRATUL AMIRA AHMAD NAZRI

29

MPSJ FC

5.

NORHIDAYAH MOHD AMIN

30

MPSJ FC

6.

SITI AZNIDAH ZAMRI

18

 SELANGOR

7.

ZUR’AIN KAMARUDIN

20

SELANGOR

8.

SITY NORAZIZAH JAMAL

27

SELANGOR

9.

AMIRAH SARAH MOHD FAHMI

27

SELANGOR

10.

NUR IZZATI KHAIRUDIN

29

SELANGOR

11.

NUR FADHILAH SHAIK SHAHARUDDIN

22

FELDA UNITED

12.

FARAHIYAH MUHD RIDZUAN

24

FELDA UNITED

13.

NORHAWA MD YASIN

24

FELDA UNITED

14.

HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

25

FELDA UNITED

15.

ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN

28

FELDA UNITED

16.

FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ

29

FELDA UNITED

17.

NOORASYIEMAH MOHD RASHID

23

PERAK

18.

NURALIN SHAFIKA OMAR

26

KEDAH

19.

NOR FAIZAH MD AKHIR

22

UM

20.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

25

UTHM

 

 Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 16 pemain dikekalkan daripada skuad 20 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini. Empat muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Felda United), Amirah Sarah Mohd Fahmi (Selangor), Siti Aznidah Zamri (Selangor) dan Steffi Sarge Sergeant Singh (MPSJ FC).

 Sementara itu, empat pemain - Noor Asyikin Mohamad Noor (Felda United), Nur Syuhadah Kamarudzaman (MPSJ FC), Nur Madihah Nadzari (Kedah) dan Fasrina Amira Amir Hamzah (Negeri Sembilan) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

 Kem latihan pusat Fasa 3 ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 18 Januari hingga 27 Januari 2017 di KSL Sports Puchong.

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA, MOHD FAIRUZ MOHD NOOR

“Alhamdulillah, saya lihat peningkatan yang ketara daripada pemain-pemain di kem latihan pusat Fasa 2 berbanding Fasa 1; dari aspek keserasian bermain bersama. Walaubagaimanapun,masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi menyerang dan bertahan.

“Bermula daripada kem latihan pusat kali ini, fokus saya lebih menjurus kepada membentuk pasukan yang kuat untuk menghadapi Sukan SEA dan bukan untuk mencuba muka-muka baharu.

“Bagi saya, dia (Steffi Sarge Kaur) merupakan seorang pemain futsal wanita yang bagus dan pengalamannya pasti dapat membantu pasukan kita.”