SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 4 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 27 FEBRUARI INI

2017-02-22

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia yang baharu, Muizzudin Mohd Haris  untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 4 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 27 Februari ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017. Muizzudin baru saja dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu menggantikan Mohd Fairuz Mohd Noor.  Jurulatih berusia 33 tahun itu akan dibantu oleh penolong jurulatih iaitu Azman Soaibah dan jurulatih penjaga gol, S Devandran.

 BIL.

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

SITI ASNIDAH ZAMRI

18

FELDA UNITED

2.

ZUR’AIN KAMARUDIN

20

FELDA UNITED

3.

NOR FAIZAH MD AKHIR

22

FELDA UNITED

4.

FARAHIYAH MUHD RIDZUAN

24

FELDA UNITED

5.

NORHAWA MD YASIN

24

FELDA UNITED

6.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

24

FELDA UNITED

7.

HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

25

FELDA UNITED

8.

FATIN SHAHIDA AZMI

26

FELDA UNITED

9.

MASYITA MOHD TAJIB

28

FELDA UNITED

10.

ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN

28

FELDA UNITED

11.

FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ

29

FELDA UNITED

12.

NUR IZZATI KHAIRUDIN

29

FELDA UNITED

13.

AMIRAH SARAH MOHD FAHMI

27

KUALA LUMPUR

14.

SITY NORAZIZAH JAMAL

27

KUALA LUMPUR

15.

STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH

29

KUALA LUMPUR

16.

INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI

18

PERAK

17.

NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID

23

PERAK

18.

NUR AISYAH MOHD TAHIR

25

PERAK

19.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

25

PERAK

20.

NURAIIN SHAFIKA OMAR

26

PERAK

 

 Sementara itu, lima pemain – Nur Izwani Azman (Felda United), Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Noor Asyikin Mohamad Noor (PDRM), Naziratul Amira Ahmad Nasri (Kuala Lumpur) dan Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

 Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 27 Februari hingga 8 Mac depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD WANITA FUTSAL HARIMAU MALAYSIA, MUIZZUDIN MOHD HARIS

“Soal perubahan jawatan sebagai ketua jurulatih baharu tidak menjadi perhatian penting bagi saya, fokus utama adalah pasukan. Secara peribadi, sasaran saya untuk Sukan SEA tahun ini ialah untuk ke perlawanan akhir.

“Dibantu oleh penolong-penolong jurulatih yang berpengalaman, Azman Soaibah yang pernah mengendali skuad futsal lelaki Sabah dan bekas penjaga gol futsal kebangsaan, S Devandran, saya yakin insyaAllah dapat membentuk sebuah pasukan yang kuat.

“Setelah membuat pemerhatian pada sirkit 1 Liga Futsal Kebangsaan dua minggu lepas, saya ada memanggil tiga pemain baharu - Intan Sarah Zulgafli (Perak), Nur Aisyah Tahir (Perak) dan Masyita Tajib (Felda United). Acuan saya bagi senarai pemain kali ini adalah campuran pemain muda dan juga pemain berpengalaman.

“Kita ada mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan bagi kem latihan pusat ini berkemungkinan menentang pasukan futsal lelaki B-16 tahun.”